Cerita Gagal

RM25.00

Kita takkan selama-lamanya berada di atas. Apabila kita memahami bahawa kegagalan itu adalah lumrah kehidupan, ketika itulah kita akan menerima hakikat bahawa, ‘tidak mengapa andai gagal’.

Apa yang membezakan kita semua adalah cara kita menghadapi kegagalan. Adakah kita hanya akan terus berputus asa, lalu kekal dalam kemurungan dan kesedihan sehingga membawa kepada kejatuhan yang lebih teruk? Ataupun kita akan cuba memikirkan cara-cara untuk kita keluar daripada kegagalan kita itu?

Buku ini adalah kompilasi cerita-cerita benar yang ditulis ramai penulis menceritakan tentang kegagalan masing-masing dan yang lebih penting lagi, cara mereka menghadapi kegagalan tersebut. Ada yang menceritakan kegagalannya dalam akademik, ada pula yang menceritakan kegagalannya dalam aspek kehidupan lain seperti kegagalan kerjaya, kegagalan mendapat anak bahkan termasuklah kegagalan mendapatkan lesen memandu. Gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya. Seharusnya kegagalan itu menjadi batu loncatan buat kita mencapai sesuatu yang lebih besar dalam hidup. Apa yang penting, kita tidak putus asa dalam melalui kegagalan berkali-kali.

Additional information

Weight 0.4 kg