Hidup Yang Aku Pilih – Muharikah

RM25.00

Lahir – Belajar – Kerja – Kahwin.

Secara defaultnya, ini adalah perjalanan hidup seoarang manusia.

Jadi jika jalan yang dilalui adalah sama, apa yang membezakan kita dan manusia yang lainnya.

Ya, yang berbeza adalah BAGAIMANA kita melaluinya,

Categories: ,

Muharikah kembali dengan sebuah buku motivasi tentang pilihan hidup. Semudah temanya, penulis  menghuraikan  persoalan-persoalan  yang  sentiasa  menghantui  kehidupan  pemuda dan  remaja  zaman  zekarang;  terutamanya  persoalan  tentang  cita-cita  dan matlamat  hidup serta kejayaan yang diimpikan setiap orang.

Dengan  menggunakan  kerangka  yang  didapati  melalui  surah  al-Mu’minun,  penulis  turut mengupas  erti  kejayaan  yang  sebenar  dan  bagaimana  seharusnya  kita  membuat  pilihan dalam  hidup  dengan  mengenal  bukan  saja  apa  tujuan  hidup  kita,  tapi  juga mengenalpasti kelebihan  dan  minat  kita,  agar  kita  bukan  saja  dapat  memperolehi  kejayaan di  dunia  tapi juga di akhirat sana. Pelbagai langkah yang Muharikah tekankan di dalam buku ini untuk dijadikan panduan buat pembaca  meletakkan  posisi  diri  sesuai  dengan  minat  dan  kelebihan  yang Allah  beri.

Pada penulis,  amat  penting  untuk  seseorang  itu  memahami  mengapa  dia  memilih  suatu  jalan, agar  setiap  detik  kehidupan  dapat  dimanfaatkan  sepenuhnya  demi  menggapai  kejayaan dunia dan akhirat. Langkah-langkah yang diberikan bukan hanya teori,  namun turut  diiringi contoh kisah-kisah para  sahabat,  kisah  penulis  sendiri  serta  pelbagai  lagi  agar  pembaca  dapat  memahami dengan  jelas  apa  yang  patut  dibuat  agar  mereka  dapat  membuat  pilihan  yang  tepat  dalam hidup yang singkat ini. Kesimpulannya,   penulis   ingin   agar   pembaca   memahami   bahawa   keturunan   mahupun bangsa  sepatutnya  bukanlah  faktor  kita  tidak  berjaya.

Namun  semuanya  adalah  pilihan  diri kita  sendiri,  dan  andai  kita  gagal  memanfaatkan kehidupan  dunia  ini,  rugilah  kita  di  akhirat nanti. Berjaya itu pilihan untuk kita. Bahkan sepatutnya kita membetulkan definisi kejayaan yang telah kita fahami sebelum ini, agar ia sesuai dengan kehendak Ilahi.

Additional information

Weight 0.3 kg

You may also like…