Hijrah

5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

RM20.00

“Umar?”

Aku bingkas bangun dan berlari ke arahnya. Hanya beberapa meter saja lagi untuk sampai kepadanya, Umar tiba-tiba terbakar. Api berwarna kuning oren itu sangat marak, galak membakar sahabat baikku itu. Dalam kepanasan api itu, aku dapat dengar suara Umar yang sedang menjerit kesakitan, memanggil-manggil namaku.

“MAJIDDDDDDD!!!!!”

Category:

Penulis : Arif Zulkifli

ISBN : 978-983-2423-32-4

Dimensi : (125 x 195 mm)

Halaman : 164

Harga : RM 20.00

Jika berbicara tentang hijrah, ramai yang akan cepat membayangkan perubahan daripada jahat menjadi baik. Ya, umumnya begitulah yang diterima dan difahami masyarakat. Dengan menggunakan konsep throwback, pemuda bernama Majid ini memulakan kisahnya semasa masih bersekolah. Boleh dikatakan beliau ini tergolong dalam kelompok otai ataupun gangster sekolah. Membuli pelajar lain, menarik kaki pelajar yang sedang solat berjemaah, menyusup masuk ke asrama puteri dan pelbagai lagi perlakuannya yang boeh dikategorikan sebagai kurang civilised.  Setelah itu, beliau dicampakkan pula ke ruang masa ketika beliau di universiti. Ketika itu, beliau bertemu dengan Umar yang begitu sabar ingin berkawan dengan Majid, walaupun Majid melayannya seperti  sampah.

Namun, kesabaran Umar akhirnya membuahkan hasil. Majid mula berkawan dengan Umar, dan melaluinya, Majid mula berubah sedikit demi sedikit.  Tanpa disangka Majid, Umar menyimpan rahsia yang amat membebankan di sebalik kuntuman senyuman yang diberikan. Majid yang selama ini begitu tidak mempedulikan perihal Umar, mula mencari-cari sahabatnya itu tatkala Umar menghilangkan diri secara tiba-tiba. Sehinggalah suatu hari, dia memperoleh sekeping nota daripada Umar, memintanya pergi ke sebuah tempat kediaman pada masa yang ditetapkan. Pesan Umar, JANGAN LAMBAT!

Additional information

Weight 0.2 kg

1 review for Hijrah

  1. 5 out of 5

    saya nk sangat buku ni sebab ana uhibbu iqra’ alkitab addiniyah

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…