Sale!

Jaddid Hayatak

RM30.00 RM20.00

“Inilah karya terbaik Syeikh Muhammad al-Ghazali. Selain ulasannya dengan ayat dan hadis, buku ini ditambah dengan contoh-contoh konkrit. Saya menulis La Tahzan kerana banyak mendapat inspirasi dan pemikiran Syekh al-Ghazali di buku ini. Anda harus membacanya!”
-Dr. Aidh al-Qarni
Categories: ,

Penulis : Syeikh Muhammad Al-Ghazali

ISBN : 978-983-2423-22-5

Dimensi : A5 (148 x 210 mm)

Halaman : 328

Harga : RM 30.00

Ramai orang yang ingin membuka lembaran baru dalam hidupnya, tetapi menantikan saat atau keadaan tertentu untuk membuat perubahan tersebut. “Perfect timing,” kata orang.

“Itu hanya ilusi!” kata Sheikh Muhammad al-Ghazali, penulis buku ini. Perubahan hidup tidak seharusnya disandarkan pada faktor luaran, kerana perubahan itu datangnya dari diri sendiri.

Dale Carnegie telah menggemparkan dunia Barat dengan How to Stop Worrying and Start Living, buku yang  diterbitkan pada 1948, namun masih kekal ‘best seller’ sehingga hari ini. Kata al-Ghazali, “Saya telah membaca buku How to Stop Worrying and Start Living karya Dale Carnegie. Usai membacanya, saya bertekad mengembalikannya kepada prinsip-prinsipnya yang Islami.”

Nah, Jaddid Hayatak inilah hasilnya. Buku ini menjadi fenomena di Timur Tengah, dan kami bawakan fenomena ini ke sini pula!

Perubahan itu bermula dari dalam diri – dari fikiran dan cara pandang, dan sejauhmana kita menggali segala potensi yang dikurniakan Tuhan. Hikmah-hikmah berharga dari buku Dale Carnegie itu diulas dengan baik oleh Sheikh Muhammad al-Ghazali, dengan dikembalikan segala prinsip itu kepada sumbernya yang sebenar – Islam itu sendiri.

Ayuh kita perbaharui hidup kita, hari ini!

Additional information

Weight 0.32 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jaddid Hayatak”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…