Sale!

Kerana Manisnya Ukhuwah

RM18.00 RM5.00

Ukhuwah itu rencahnya pelbagai. Selalunya ia berperisa manis semanis gula. Sesekali ia terpalit rasa sepahit kopi. Ada ketikanya ia terasa masin dan masam. Namun, walaupun terkadang rasanya bercampur manis, pahit, masin dan masam, rasa itulah yang menyedapkan sesuatu masakan. Begitu juga dengan ukhuwah. Mungkin sahaja, sedikit rasa asing itulah yang akan menjadikan ukhuwah kita menjadi lebih erat. Melalui perselisihan faham itulah kita lebih mengenali sahabat kita. Melalui bermasam muka yang sekejap cuma itulah kita makin memahami sesama sendiri.

SKU: 800 Categories: ,

Penulis : Wan Nadzipah Maharah

ISBN : 978-983-2423-17-1

Dimensi : A5 (148 x 210 mm)

Halaman : 160

Harga : RM 18.00

Ukhuwah sangat sinonim dengan perkataan kasih sayang dan cinta. Ia mampu menggerakkan kita untuk saling membantu, menasihati, memperingati, bertolak ansur dan bermaafan sesama saudara semuslim dengan rela tanpa paksaan! Luar biasa bukan?

Buku tulisan anak muda, Wan Nadzipah Maharah ini mampu membuatkan hati pembaca berbunga-bunga bahagia kerana diizinkan Allah swt. merasai kemanisan nikmat ukhuwah. Gaya penulisan beliau tentang ukhuwah sangat mudah untuk difahami dan dipraktikkan oleh kita..

“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga beramai-ramai” (Az-Zumar:73)

Bermula dengan memperkenalkan makna sebenar ukhuwah, buku ini juga membawa pembaca merasakan pentingnya ukhuwah dalam kita menelusuri kehidupan di dunia yang penuh cabaran, fitrah atau sunnatullah pahit manis sebuah ukhuwah, kisah-kisah sirah tentang ukhuwah yang boleh diambil pengajaran, peringkat-peringkat ukhuwah, perkongsian pengalaman dan tips bila berhadapan virus-virus serta ke mana akhirnya ukhuwah mampu membawa kita?

Nikmat ukhuwah ini adalah hadiah daripada Allah swt. buat kita yang bergelar muslim. Jadi seharusnya ia dimanfaatkan dengan niat untuk menggapai redha Allah. Kerana Manisnya Ukhuwah, semoga membuat kita semua berpimpin tangan menuju syurgaNya.

Additional information

Weight 0.23 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kerana Manisnya Ukhuwah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *