Lagenda Budak Usrah

RM25.00

Budak usrah adalah mereka yang sentiasa memandang jernih jalannya di hadapan.
Jika ada kekurangan, dia akan membaikinya dengan penuh santun dan kesabaran.
Jika ada ukhuwah tercalar, dialah yang menyambungkan.
Paling penting, hatinya bersih daripada prasangka dan kebencian.
Jangan cepat kecewa dengan usrah. Paling penting adalah kesungguhan memperbaikinya dengan penuh cinta dan pengharapan!
Categories: ,

Penulis : Muharikah

ISBN : 978-983-2423-30-0

Dimensi : A5 (148 x 210 mm)

Halaman : 239

Harga : RM 25.00

Budak usrah bukanlah seorang yang mudah buruk sangka dan ‘judge’ terhadap orang lain. Budak usrah adalah seorang yang akan selalu melihat orang lain dengan penuh optimis dan pengharapan, kerana mereka percaya dan yakin semua orang berpeluang untuk masuk ke syurga. Budak dakwah tidak takbur dengan kumpulan dan grup usrahnya. Paling penting, tidak memandang rendah pada orang lain.

 

Namun, jika usrah membawa kebahagiaan dan jalan benar bagi hidupmu, kenapa hatimu bersangka buruk pada orang lain. Jika usrah memberi kesan pada jiwa, namun kenapa akhlak masih tidak menggambarkan kesolehanan diri?

Malah merasa asing dan mudah merasa tidak senang dengan orang lain?

 

Lagenda Budak Usrah adalah sebuah buku yang menceritakan pengalam Muharikah sepanjang mengikuti usrah.  Pengembaraan beliau mengikuti usrah mempertemukan beliau dengan konklusi bahawa usrah itu menjernihkan, walaupun tidak semua usrah sempurna. Usrah itu membenihkan tumbuhan yang menyenangkan hati walaupun dilihat lambat dan lembab.

Usrah itu menghidupkan hati-hati dan menyambungkan tali-tali ukhuwah walaupun isinya sangat memerlukan pembaikan.

 

Jangan cepat kecewa dengan usrah. Paling penting adalah memperbaikinya dengan penuh cinta dan pengharapan!

Additional information

Weight 0.32 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Lagenda Budak Usrah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *