Pelukis Jalanan: Teme Abdullah

RM25.00

Categories: , ,

Hanya orang gila belajar di London TANPA biasiswa.

Ini kisah Pelukis Jalanan yang sedia berkorban segalanya demi pendidikan.

Bayangkanlah andai anda pergi ke London untuk menyambung pelajaran tetapi  TANPA biasiswa. Keluarga anda bukan pula yang jenis kaya-raya. Jadi bagaimana anda tampung perbelanjaan anda di sana? Dengan yuran yang perlu dibayar, kelengkapan belajar yang perlu dibeli, makan dan tempat tinggal, kos perjalanan lagi. Perlu diingat, bandar London adaah antara bandar yang kos sara hidupnya AMAT TINGGI!

Awal kehidupan beliau di sana, beliau menyara hidup HANYA melalui simpanan -dalam Ringgit Malaysia, Rm6 = £1-yang ada, ditambah pula pendapatan daripada kerja Ǯpart-timeǯ yang dilakukannya. Cuba anda bayangkan, seorang pelajar arkitektur -sebuah bidang yang diketahui kesukarannya dan kemahalannya- sepenuh masa terpaksa bekerja lagi.

Ah, kalau diri sendiri yang melalui situasi itu, mungkin sudah mengalah terlebih dahulu.Namun, kecekalan dan ketabahan beliau menghadapi setiap cabaran yang  dilalui. Beliau mula menggunakan bakat dan kelebihan yang beliau ada untuk melukis di jalanan. Lukisan beliau mula mendapat tempat di hati masyarakat  London dan dari situ beliau mula mendapat pendapatan lain bagi menyara hidup beliau di sana. Kisah beliau adalah sebuah kisah inspirasi, tentang seorang pemuda dan kecekalan dan ketabahannya melalui jatuh bangun hidup akibat daripada kesalahan sendiri. Kisah beliau ini bukan sahaja mengajar erti  kecekalan  namun juga memberitahu kita bahawa kejayaan itu tidak datang bergolek. Orang yang berjaya selalu dilihat apabila dia sudah berjaya tetapi tidak ketika dia sedang melalui pelbagai kegagalan yang boleh saja menyebabkan dirinya putus asa.

Terima kasih kerana Tweet pasal Pelukis Jalanan!

Additional Information

Weight 0.3 kg
Dimensions 14.8 x 21.0 cm