was successfully added to your cart.

Hak Masa Penulis yang Dirampas Dunia Serba Pantas

Dunia sekarang menghargai kepantasan. Semakin pantas anda berikan hasil, semakin tinggi pengiktirafan untuk anda. Perkembangan ini bermakna penulisan anda berpotensi tersebar dengan cepat.

Walau bagaimanapun, perkembangan ini juga merampas hak masa daripada anda sebagai penulis untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti tinggi.

Hak masa seorang penulis:

  1. Masa untuk menuntut ilmu
  2. Masa untuk membuat kajian
  3. Masa untuk menimba pengalaman
  4. Masa untuk memahami penulisan sendiri
  5. Masa untuk perbaiki, pertingkat, dan perkemas kemahiran

Fakta menarik mengenai hak masa untuk hasilkan penulisan berkualiti ini adalah: Anda tidak boleh menulis.

Kemahiran Penulis yang Jarang Diberi Perhatian

Sebagai contoh, apabila menuntut ilmu, anda perlu tinggalkan penulisan itu dan fokus pada proses pembacaan dan ceramah-ceramah. Apabila membuat kajian, anda perlu letakkan pena dan turun ke lapangan untuk mengumpul data dan maklumat.

Maka, sebagai penulis, kita bukan sahaja perlu menguasai kemahiran menulis, tetapi juga kemahiran untuk TIDAK menulis.

Saya sukakan kata-kata daripada Dalai Lama XIV ini:

“Bila berbicara, anda hanya mengulang apa yang anda sudah tahu. Namun jika anda memilih untuk mendengar, anda berpotensi untuk belajar sesuatu yang anda belum lagi tahu.”

Afiq Sazlan

Author Afiq Sazlan

More posts by Afiq Sazlan