was successfully added to your cart.

penulisan

Idea Dan Kreativiti Tidak Datang Bergolek

By July 28, 2017 No Comments

Sebelum ini kita pernah bincang tentang Bagaimana Hendak Mencari Idea. Kali ini kita perlu faham bahawa sekadar duduk menunggu tidak lakukan apa-apa, juga tidak akan menyumbang kepada idea dan kreativiti.

Untuk mendapatkan idea dan kreativiti, kita perlu mula lakukan pelbagai perkara, discover ourselves dan melalui pengalaman itu, baharulah pelbagai idea bernas akan muncul.

Percayalah jika kita sekadar menunggu idea turun, ia tidak akan datang bergolek.

 

Jika Kita Tidak Mulakan Apa-apa, Idea Tetap Tidak Akan Datang

Austin Kleon ada mengatakan;

“If I’d waited to know who I was or what I was about before I started ‘being creative’, well, I’d be sitting around trying to figure myself out instead of making stuff.”

Dalam erti kata lain, sebagai penulis misalannya, jika penulis sekadar duduk termenung menunggu idea datang untuk menulis, tentunya kita sekadar duduk dan tidak berbuat apa-apa. Akhirnya, tidak ada tulisan dihasilkan.

Jika kita pandai menulis tentang motivasi, mulakan dengan menulis motivasi ringkas sehari demi sehari. Atau jika kita suka menghayati ciptaan alam, kita boleh mulakan dengan menulis apa yang kita boleh hayati dan pelajari daripadanya. Jika kita suka buku, kita boleh menulis review buku secara berkala.

Bermakna, untuk menjadi seorang penulis hebat, perlu mula menulis sehingga menjadi kreatif menulis. Untuk menjadi seorang designer hebat, perlu mula lakukan pelbagai design sehingga kreatif melakukan design.

Kreativiti, idea, bukan sesuatu yang turun tiba-tiba jika kita sekadar menunggu. Ia hanya akan datang apabila kita sudah mulakan langkah.

“Fake it till you make it”

Jika kita mahu menjadi penulis tetapi tidak pandai menulis, tulis sahajalah walaupun tidak reti sehingga kita reti. Sehingga kita punya idea tersendiri untuk menulis dengan lebih baik.

Austin Kleon memandang kata-kata ini dengan dua maksud;

  • Pretend to be something you’re not until you are – fake it until you’re successful
  • Pretend to be making something until you actually are

 

“Start Copying”

Kata Austin Kleon.

Tiada siapa dilahirkan tiba-tiba terus menjadi hebat. Tiada penulis yang lahir-lahir sahaja sememangnya pandai menulis.

Semua bermula dengan minat. Sekiranya kita meminati karya seseorang penulis ini dan kita minat menulis sepertinya, maka mula menulis sepertinya. Masih ingat – “Fake it till you make it”?

Ingat, kita bukan plagiat atau mengikut 100% sama seperti tokoh atau orang yang kita minati, apa yang lebih penting ialah kita ikut dan contohi bagaimana tokoh tersebut berfikir sehingga mereka boleh menghasilkan sesuatu karya atau hasil yang kita minati.

Gaya mereka berfikir, gaya mereka memandang sesuatu, kekuatan dan kelemahan mereka, kita belajar semuanya dari mereka.

Dari situ kita akan pelajari di manakah ruang yang kita boleh terokai sendiri dan hasilkan sesuatu dengan usaha dan idea sendiri.

Dari Mana Datangnya Idea?

“Transforming their work into something of your own. Adding something to the world that only you can add.” – Austin Kleon.

Idea tidak datang bergolek, dan kreativiti tidak wujud tanpa usaha. Semua orang bermula dari tidak reti melakukan apa-apa lalu mula lakukan sesuatu, belajar dari seseorang yang kita pandang tinggi atau hormati, ikuti dan contohi mereka sehingga akhirnya kita sendiri akan punya idea untuk mencorakkan dunia ini bagaimana.

 

Jangan tunggu. Mulakan terus!

 

Author Syeraho

Pembantu editor di Iman Publication Sdn Bhd.

More posts by Syeraho