was successfully added to your cart.

Nolan Bushnell, pengasas Atari dan dikenali ramai sebagai Bapa Permainan Video, berkongsikan pengalaman beliau (dalam buku Finding The Next Steve Jobs) mengambil seorang pembaca buku yang tegar untuk bekerja di syarikatnya.

“Terdapat seorang wanita, dalam sesi temuduga, yang mengatakan beliau telah membaca semua buku yang saya (Nolan Bushnell) baca. Jadi, saya mula menyebut judul buku-buku yang saya belum pernah baca. Alangkah terkejutnya saya apabila buku-buku (yang saya belum baca) itu juga beliau sudah baca!

Saya tak dapat bayangkan bagaimana individu ini, yang usianya belum mencecah 30 tahun, boleh menemui masa untuk menghabiskan begitu banyak bahan bacaan. Saya sangat kagum hinggakan saya terus menerima beliau masuk syarikat saya, lalu menugaskan beliau di bahagian pemasaran antarabangsa yang kami sedang hadapi kesukaran.

(Saya yakin) suatu tugasan yang mempunyai banyak komponen bergerak akan peroleh manfaat besar daripada otak (individu) yang mempunyai banyak komponen bergerak. Mustahil seorang manusia boleh baca begitu banyak buku tanpa memiliki otak luar biasa.”

Pembacaan yang luas dan intensif menawarkan kefahaman dan pengetahuan mengenai dunia ini kepada seseorang. Dalam dunia yang kini menawarkan bahan bacaan dalam pelbagai bentuk seperti status Facebook, blog dan surat khabar online, buku-buku sama ada versi bercetak atau e-book tetap menjadi sumber utama untuk mendalami suatu bidang ilmu. Oleh itu, jangan sesekali tinggalkan buku-buku anda, dan teruskan membaca dengan bersemangat.

Moga anda menjadi individu seterusnya yang diterima masuk ke syarikat kerana banyak membaca!

Afiq Sazlan

Author Afiq Sazlan

More posts by Afiq Sazlan