was successfully added to your cart.

Rakyat Malaysia Berbangga dengan 2 Atlet Luar Biasa Menyanyikan Lagu Negaraku di Bumi Rio.

 

Mohamad Ridzuan (yang menghidap cerebral palsy) merangkul emas dalam acara 100m T36, manakala Muhammad Ziyad Zolkefli (masalah pembelajaran) pula dalam acara lontar peluru F20. #KamiLuarBiasa!

https://twitter.com/TuneTalk/status/774729848837189632

https://twitter.com/TuneTalk/status/774743098144411648

Tiada kemenangan yang boleh dicapai tanpa pengorbanan besar.

 

Mustahil mana-mana individu boleh memenangi pingat dalam temasya sukan berprestij tanpa perlu mengharungi latihan intensif bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, kami sukakan perkongsian terbaru daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai dunia sukan atlet para.

Tiga tahun lepas, Khairy Jamaluddin baru sahaja 2 bulan dilantik menjadi Menteri Sukan. Tiba-tiba, beliau menerima berita dari Lyon, France bahawa Ziyad Zolkelfi telah menang di kejohanan olahranaga dunia. Lalu beliau bertanya pada pengawai perihal insentif untuk kemenangan tersebut. Benar, insentif tersebut memang ada, tapi atlet para hanya menerima 30% daripada nilai ganjaran atlet biasa/normal.

Khairy Jamuluddin membangkitkan perihal ini dalam mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara.

Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa. Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata.

Walau bagaimanapun, cadangan Khairy Jamaluddin dibantah dengan hujah-hujah:

 “Paralimpik ini baharu.”

“Acara mereka tak ramai penyertaan.”

“Paralimpik ini terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang.”

Khairy Jamaluddin enggan tunduk kepada tekanan Lembaga Majlis Sukan Negara. Beliau teringatkan Ziyad dan pengorbanannya untuk mengatasi segala kekurangan demi cita-cita menjadi juara dunia. Beliau pun mengajukan soalan padu kepada ahli lembaga:

“Does any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?”

Hari ini, Khairy Jamaluddin berterima kasih pada Ziyad kerana memberi beliau semangat untuk mengukir sejarah dalam dunia sukan Malaysia.

Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia is one of the only countries in the world yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet ‘luarbiasa’.

Our para athletes’ achievements and sacrifices must be honoured the same as other athletes. Not 30% of ‘normal’ athletes. I would not know how to feel 30% proud of them. I only feel 100% proud of our para heroes. They have shown us that yes, they are not ordinary. They are extraordinary. LUAR BIASA!

Nilai Sebuah Kejayaan Tidak Terletak Pada Habuan Diperoleh, Sebaliknya Pengorbanan yang Dilakukan

 

Kejayaan Mohamad Ridzuan dan Muhammad Ziyad Zolkefli perlu menjadi inspirasi kepada kita semua untuk berjaya dalam medan perjuangan kita tersendiri. Kita perlu hadapi cabaran kehidupan ini dengan kental dan mencapai kemenangan sebenar dalam melahirkan rasa syukur pada nikmat kurniaan Allah.

Setiap manusia ciptaan Allah mempunyai ujian tersendiri. Sesetengah orang diuji dengan kemiskinan, manakala sesetengah lain pula diuji dengan kemewahan. Segolongan diuji dengan peperangan, manakala segolongan pula diuji dengan kesenangan.

Jika kejayaan manusia dinilai berdasarkan angka-angka dalam bank pada nafas terakhir, maka dunia sebegitu tidak adil bagi manusia yang dilahirkan di bumi miskin dan memanfaatkan hayatnya untuk membina jati diri bangsanya. Namun, Allah jadikan dunia ini adil.

Nilai diri kita terletak pada pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Biarkan sahaja apa orang lain katakan, lebih-lebih lagi yang cuba meremehkan. Fokus pada usaha kita meraih redha Allah semata-mata. Tiada perkara lebih penting daripada itu.

Akhir sekali saya mahu kongsikan kata-kata cik puan Sharifah Sharina Syed Aswad, naib presiden Projek Iqra’ yang memperjuangkan pendidikan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik. 

“Doakan aku mampu yakinkan mereka bahawa nilai 1A UPSR seorang pelajar kampung yang miskin dan makan bercatu mungkin ada beza dengan keputusan 3A UPSR seorang pelajar bandar yang dihantar ke sekolah setiap hari hingga ke depan pagar.”

Jadikan artikel ini sebagai pembakar semangat untuk kita berjaya mencapai langit yang lebih tinggi, dan juga mengukuhkan platform untuk saudara kita yang berhadapan cabaran besar turut cemerlang di sisi kita!

Author Afiq Sazlan

More posts by Afiq Sazlan