was successfully added to your cart.

Sebuah penulisan, sama ada dalam bentuk buku, artikel, surat, atau assignment memerlukan ketekunan dan ketelitian penulis agar berkualiti. Semakin besar isu yang hendak dikupas, atau semakin mendalam kajian yang hendak dibentangkan, semakin tinggi komitmen yang perlu diberikan penulis.

Lantaran itu, ramai penulis yang tertunduk tewas di pertengahan jalan penulisan. Mereka enggan membuat pengorbanan yang lebih besar demi penulisan tersebut. Walhal, penulisan yang ‘hidup‘ disirami darah pengorbanan sang penulis.

Bersempena Hari Raya Qurban, saya mahu kongsikan satu inspirasi daripada Shukery Azizan dari Tarbiah Sentap.

Tahun lepas, Adnin Roslan telah bertanya pada Shukery Azizan, “Shuk, anta (anda) buat korban tahun ni?” Shukery Azizan menggelengkan kepala sambil tersengih, “Tak buat. Sebab tak ada duit.” Mendengarkan jawapan Shukery Azizan, Adnin Roslan berkongsi:

“Anta nak tahu tak, dulu ayah ana (saya) pernah tanya ana, ana buat korban ke tak tahun tu. Ana pun cakap la, tak buat. Lepas tu ayah ana tanya, apsal tak buat? Ana pun jawab la, sebab takde duit. Anta nak tau tak apa ayah ana cakap? Ayah ana kata, “Sebab kau takde duitlah, kau kena cari duit untuk buat korban. Baru betul. Itulah makna korban. Kita kena berkorban, bersusah payah sikit cuntuk korbankan sesuatu. Kalau dah ada duit banyak baru nak korban, takde la rasa perasaan korban tu.””

Waktu Terbaik untuk Menulis Adalah Ketika Susah Hendak Menulis

 

Sebegitulah seharusnya kita para penulis. Waktu terbaik untuk kita menulis adalah ketika kita merasa paling susah hendak menulis. Mungkin kita sibuk menjaga anak atau ibu bapa, atau jadual harian kita padat dengan kelas dan ceramah, atau kita terhempap dengan beban tugasan kerja, tetapi tidak sesekali kita boleh tinggalkan medan penulisan.

Hal ini kerana penulisan yang ‘hidup‘ disirami darah pengorbanan sang penulis, dan pengorbanan itu hanya benar apabila kita merasa susah untuk melaksanakannya.

“Kalau kita ‘berkorban’ waktu kita senang, itu bukan korban namanya. Pengorbanan adalah waktu kita tengah betul2 desperate, tentang kita lapangkan dada untuk korbankan apa yang kita betul2 perlukan. Itulah korban.”  – Shukery Azizan

Author Afiq Sazlan

More posts by Afiq Sazlan