was successfully added to your cart.

Dalam Olimpik Rio 2016, seorang Muslimah luar biasa bernama Ibtihaj Muhammad mencipta sejarah sebanyak 2 kali. Pertama, beliau menjadi atlet sulung Amerika Syarikat yang berhijab ketika bertanding di temasya Sukan Olimpik. Kemudian, beliau menjadi atlet Amerika Syarikat berhijab yang pertama berjaya merangkul pingat (gangsa) bagi acara lawan pedang berkumpulan wanita.

Ibtithaj Muhammad berkata pada USA Today, “Ramai orang tidak percaya wanita Muslim mempunyai suara dalam masyarakat, atau melibatkan diri dalam sukan. (Oleh itu, pencapaian saya ini) bukan sahaja mencabar salah faham luar komuniti Muslim, tetapi juga dalam komuniti Muslim sendiri. Saya mahu pecahkan norma budaya sedia ada. (Pencapaian) ini adalah rahmat bagi kebanyakan (wanita Muslim) yang tidak mempunyai suara, dan tidak mampu bersuara, dan merupakan pengalaman bernilai bagi saya.”

Ibtihaj Muhammad memperagakan jersi beliau yang mempunyai nama ‘Muhammad’ dengan bangga. Hanya Muslim yang cemerlang mampu berbuat sebegini rupa.

Semangat Ibtihaj Muhammad mahu membuktikan bahawa wanita Muslim mampu cemerlang dalam dunia sukan perlu menjadi inspirasi bagi kita para Muslim. Kita perlu cemerlang dalam bidang pilihan masing-masing agar kita Muslim dijadikan model contoh yang baik dan sejahtera kepada masyarakat seluruh dunia.

Sebagai penulis Muslim, bagaimana kita mahu melakar kejayaan seperti Ibtihaj Muhammad? Menulis buku bestseller dalam kategori self-help seperti ‘7 Habits of Highly Effective People’ oleh Stephen Covey atau ‘How to Win Friends and Influence People’ oleh Dale Carnegie? Atau buku bestseller dalam kategori bisnes seperti ‘Good to Great’ oleh Jim Collins?

Penulis bagaimanakah anda mahu jadi?

Author Afiq Sazlan

More posts by Afiq Sazlan