TAK SEMUA ORANG BOLEH TERBANG, TAPI SEMUA ORANG BOLEH BERJALAN.

Jadi, kami panggil Afiq Sazlan untuk tunjukkan cara dia

Terbang tapi Berjalan.

Dalam buku Terbang tapi Berjalan, Afiq Sazlan berkongsikan cara untuk para pemuda memasang cita-cita setinggi langit, tetapi tetap berpijak atas bumi realiti.

Kecemerlangan milik pemuda yang memiliki pemikiran luar biasa, dan kemahiran untuk memanfaatkan ciptaan-ciptaan Allah di dunia ini.

"Terbang Tapi Berjalan adalah rekod jejak pembelajaran, jatuh bangun, cubaan dan eksperimentasi Afiq Sazlan – yang masih terus berjalan pada saat buku ini sampai ke tangan anda."

- Penerbit

Baca Nota Penerbit ini >>

150 Muka Surat
Keberanian

Banyak idea, ilmu, pengalaman, pendapat, dan nasihat yang Afiq Sazlan mahu kongsikan bersama pemuda bersemangat dan bercita-cita tinggi.

Afiq Sazlan mampu memberi perspektif yang jarang didengari pemuda zaman sekarang kerana beliau berani meneroka jalan asing. 3 tahun lepas, beliau telah membakar tiket untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland demi cita-citanya untuk terjun ke dalam dunia startup.

Beliau percaya bahawa kombinasi Hamasah As-Syabab (semangat pemuda) dan startup mempunyai potensi dan kuasa untuk mempengaruhi dan membina sebuah masyarakat dan dunia yang lebih baik.

Pemuda yang Terbang tapi Berjalan

BERANI BERCITA-CITA

Pemuda yang berani bercita-cita mampu membina sebuah dunia yang lebih baik.

Mereka mengisi siang dan malam dengan perancangan dan usaha menterjemah idea dan angan-angan menjadi realiti.

 

BERANI MENONGKAH ARUS

Pemuda kreatif perlu berani meneroka jalan yang melanggar norma masyarakat.

Mereka perlu berani membakar selimut kesenangan dan menerjah hutan belantara yang mencabar tetapi menjanjikan pengembaraan luar biasa.

BERANI BELAJAR DARIPADA DUNIA

Pemuda memerlukan ilmu dan kemahiran untuk mendirikan impian dan harapan.

Pemuda perlu berani percaya mereka mampu menundukkan bumi ini dan menggunakan segala sumber bagi menghasilkan impak positif yang bernilai.

"Hanya pejuang yang menguasai egonya mampu bersabar dan menelan pahit kerugian demi keuntungan yang lebih besar."

- Afiq Sazlan