Signature jalanan merupakan buah tangan terbaru daripada Teme Abdullah. Buku keempat dari Siri Jalanan. Bukan setakat ditulis untuk para pelajar sekolah, buku ini juga sesuai untuk dibaca oleh semua golongan. Banyak dialog-dialog menarik yang boleh kita sama-sama renungkan.

Mari Kak Iman kongsikan 12 dialog menarik pilihan Kak Iman.

“ Dalam 10 orang yang kita dakwahkan secara lembut, sekalipun sembilan daripada mereka tidak boleh terima dakwah dengan kelembutan, mereka akan meninggalkan pendakwah itu dengan idea ‘Islam ini terlalu lembut.’ Itu bukan sesuatu yang buruk.

 

Kalau dengan cara yang keras pula, misalnya sembilan daripada 10 orang yang kita  dakwahkan tak boleh terima cara dakwah tu, mereka akan meninggalkan pendakwah dengan idea ‘Islam ini terlalu kasar.’ Itu sesuatu yang buruk dan merugikan agama.

 

Sebab itulah agama Islam digelar agama terrorist sekarang ni. Sebab benda-benda kecil macam ni yang dibiarkan terlalu lama “

– Ben (m/s83-84)

“ Aku takut kita jadi confuse sama ada kita sedang menggunakan agama sebagai panduan, atau memutar agama sebagai tampalan kebocoran hujah kita.”
– Ben (m/s 85)

“Mengejar yang positif, bukan berlari daripada yang negatif. Dengan cara itu, yang negatif  akan dijauhkan dengan sendirinya.”

Joe : Aku nie slow tau, baik kau ajar budak-budak lain yang ada potensi untuk score“.

Oki : Tak apa. Kalau kau slow, aku papahkan. Kita lari sama- sama. Biar lambat, asalkan dua-dua sampai finishing line.” (m/s 135)

“ Even kalau satu dunia pun nak tolong kau… kalau kau tak tolong diri sendiri, kalau kau tak bergerak… sampai bila-bila pun kau takkan berjaya. Semuanya bergantung pada kau.”

– Oki (m/s 139)

“Haaa…. Kau sendiri tak mintak tolong. Lepas tu kau nak kata diorang tu kedekut ilmu. Tak elok, Joe. Ibarat kita menyalahkan orang lain atas kelemahan kita sendiri.

– Oki (m/s 147)

“ Jadi, ‘instead of’ mencari kesalahan dalam semua benda, aku start cari islam dalam semua benda. Maksudnya, aku cari kesejahteraan.”

– Ben (m/s272)

Tentang ‘talent’

  • “Hmmm…. Tapi bagi aku, talent tu tak wujud pun. Manusia panggil something tu talent sebab dia tak boleh terangkan situasi yang dia tengok. Terlalu kompleks sehingga membebankan kita untuk berfikir.Aku percaya, semua benda ada penjelasan. Cuma, mungkin kebatasan ilmu manusia buatkan kita tak mampu nak faham, ataupun belum mampu. So, dalam konteks kelebihan manusia, kita simply kata ia talent,”
    – 
    Ben (m/s166)

  • “Okey. Kalau kau nak fikir macam tu, teruskanlah. Aku setuju talent ni ketentuan Tuhan, tapi aku tak rasa ia datang saja-saja. Aku tetap rasa talent itu datang selepas hardwork. In most of the cases, effort yang dilakukan tanpa sedar.” – Ben (m/s 168)

  • “Aku pun guna juga perkataan talented tu, Joe. Tapi, bila aku cakap someone is talented, aku akan banyak berfikir. Aku takkan boleh stop wonder, ‘Apa yang dia lalui sampai buat dia jadi hebat macam tu?’ Sudah semestinya bukan secara tiba-tiba.” – Ben (m/s 171)


  • “ Sebab dalam keadaan diberikan ujian yang exactly sama, ia boleh menyebabkan seseorang putus asa dan hidup dalam despair. Dan boleh jugak membuatkan seseorang yang lain work very hard. Sebab tu dalam ayat ke-286 Surah Al-Baqarah, Allah kata Dia takkan bebankan seseorang hamba dengan ujian melainkan hamba itu mampu.”
    – Joe (m/s 172)

“Tadi kau kata ada satu benda yang kita boleh kawal, kan? Apa?” Joe ingin tahu.

“Mentaliti…. Kita boleh kawal mentaliti kita sendiri. Adakah kita nak terus merungut, fikir negatif, dan meratap…, atau terima hakikat yang perkara tu ketentuan dan fikir cara nak hidup dengan benda tu. Dengan mentaliti yang betul, kita bukan saja boleh survive. Tapi kita boleh pergi jauh dari orang lain,” jawab Ben. (m/s 181)

“ Rupanya, aku asyik ajar suruh orang takutkan neraka. Aku terlupa nak ceritakan betapa indahnya syurga. Aku tak sedar yang aku hanya menjauhkan orang dengan agama….”
– Zack (m/s269)

“Rugi Joe. Otak ni bukan barang yang boleh habis. That’s the best thing about this one gift from Allah. Takkan ada overused brain. Lagi banyak kita menghafal, lagi tajam daya ingatan kita. Lagi kuat kita berfikir, lagi brilliant minda kita. Rugi kalau kau nak surrender kat part menghafal ni.”

– Oki (m/s 283)

“Itulah yang orang salah faham. Diorang ingat fasa persekolahan ni semata-mata nak uji kepandaian pelajar. Walhal ia sebenarnya nak uji kita punya ‘willpower’ juga.


Kalau kita betul-betul nakkan sesuatu, tak kisahlah kena hafal ke, kena lari ke, kena menyelam ke… kita akan buat juga. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.”

– Ben (m/s 284)