Yeay alhamdulillah berita gembira buat seluruh warga IMAN dan pembaca IMAN. Tahniah buat para penulis bagi 8 buah buku bertuah ini.

Ingin Dapatkan Info Terkini, Promosi Dan Surat Istimewa Daripada Kak Iman?
Masukkan email dan klik butang SAYA NAK! sekarang.
*T&C apply

Tahun lepas 4 buah buku IMAN tercalon dalam anugerah ‘MPH Best of 2018’ dan 2 daripadanya telah memenangi anugerah tersebut iaitu Letters to God bagi kategori ‘Best Paperback Fiction’ dan Impian Jalanan bagi ‘Best Malay Non Fiction’. Tahniah Norhafsah Hamid dan Teme Abdullah.

Tahun ini, berkat sokongan dan doa dari kalian semua pembaca IMAN, 8 buah buku terbitan Iman Publication tercalon bagi MPH Best of 2019! Nak tahu buku apa? In sha Allah dalam tulisan kali ini, Kak Iman kongsikan serba sedikit mengenai 8 buah buku yang tercalon.

  

Pertama, adalah buku Empayar 2 : Hikayat Mukjizat Daripada Iblis tulisan Teme Abdullah. Sama seperti siri sebelumnya Empayar 1 yang juga tercalon pada tahun lepas. Novel ini adalah fiksyen neo-klasik. Buku ini dicalonkan bagi kategori ‘Best Malay Fiction’. Dari tajuk pun dah tahu yang ia adalah sambungan dari buku sebelumnya iaitu Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama.

Membawa tema masih lebih kurang sama daripada siri sebelumnya iaitu kritikan kepada cara memahami agama itu sendiri. Cerita kali ini dibawa oleh watak Pelatih 6480 atau nama sebenarnya Andika. Antara yang menarik perhatian adalah kisah di antara Andika dan abangnya Anding. Anding dilatih dengan pelbagai kemahiran dari kecil bagi menggantikan bapanya sebagai Ketua Orang Laut. Berbeza dengan Andika, yang menyebabkan ia menyimpan dendam dan membenci ayah serta bangsanya (Orang Laut).

Kedua, adalah buku Rough Diamond tulisan Norhafsah Hamid. Buku ini dicalonkan bagi kategori ‘Best Adult Fiction’. Novel ini merupakan sequel dari novel sebelumnya iaitu Letters to God. Novel ini membawa watak Linda yang merupakan seorang wanita yang sangat sempurna – pandai, kaya dan terkenal. Dicemburui oleh rakan-rakan.

Namun disebalik kesempurnaannya, Linda ingin mencari sesuatu yang hilang dari dalam dirinya. Cerita menjadi semakin menarik apabila kawan rapatnya (Jaws), yang selalu bergaduh dengannya tapi tetap membantunya untuk berubah ke arah yang lebih baik meluahkan perasaanya kepadanya ketika seorang lelaki pilihan keluarganya datang melamarnya buat kali kedua.

Ketiga, adalah buku Perempuan yang Baik-baik Dalam Al-Quran tulisan Ustaz Syaari Ab Rahman. Buku ini dicalonkan bagi kategori ‘Best Malay Non-Fiction’. Buku yang baru berusia 6 bulan ketika dicalonkan ini telah menarik perhatian ramai pembaca terutama pembaca perempuan. Ia menceritakan tentang kisah-kisah perempuan di dalam al-Quran. Membawa persoalan adakah menjadi perempuan yang baik itu adalah perempuan yang sempurna serba serbi. Fizikalnya, akhlaknya dan peribadinya.

Keempat, adalah buku Signature Jalanan tulisan Teme Abdullah. Buku ini tercalon dalam kategori ‘Best Malay Non Fiction’. Buku ini merupakan buku keempat dalam siri jalanan. Berlatarbelakangkan kisah kehidupan di sekolah berasrama. Seperti karya Teme sebelum ini, cerita digarap dengan begitu menginspirasikan tentang perjalanan seorang pelajar yang berusaha membahagikan masanya dengan baik ke atas segala tanggungjawab yang diberikan padanya. Selain itu juga, ia mengangkat perjalanan bagaimana seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran berusaha meningkatkan dirinya. 

Untuk buku kelima hingga lapan, keempat-empatnya tercalon di bawah kategori ‘Best General Books’. 

Kelima, adalah buku How Are You tulisan Aiman Amri dan Aiman Azlan. Buku pertama tulisan Aiman Amri ini merupakan buku kedua terbitan Iman Publication bertemakan kesihatan mental. Berbeza dengan novel Hiatus, buku ini bergenre inspirasi sebagai panduan menguruskan tekanan perasaan, kebimbangan (anxiety) dan kemurungan. Buku ini sangat bersesuaian dengan isu yang berlaku hari ini. Sesuai sebagai pengenalan kepada isu kesihatan mental dan bagaimana menghadapinya untuk diri dan orang sekeliling.

Keenam, adalah buku Being a Quran Tag Girl tulisan Ayesha Syahira. Buku yang berbentuk inspirasi dan perkongsian pengalaman dari penulis tentang perjalanannya dalam mempelajari dan mencintai al-Quran. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata, tetapi ia untuk difahami dan dicintai. Penulis yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Quran Tag Girl’ kerana kelas-kelas yang beliau anjurkan untuk berkongsi ilmu-ilmu mengenai al-Quran yang beliau pelajari. Tahniah Ayesha atas kejayaan menerbitkan buku buat pertama kali. Bukan calang-calang ni sampai jadi best-seller.

Ketujuh, adalah buku Call Upon Him tulisan Ustaz Mizi Wahid. Seorang asatizah yang sedang meningkat nama di Singapura. Buku ini merupakan terbitan semula dan kemas kini dari judul sebelumnya iaitu Prayers for Success. Dalam buku ini penulis berkongsi 21 cara untuk meningkatkan kepercayaan kepada Allah. Bagaimana benar-benar memaknakan doa yang pohon setiap hari. 

Kelapan dan terakhir adalah buku The Art of Letting God tulisan Ustaz Mizi Wahid. Buku ini disusun dengan ayat yang begitu indah sekali. Sesuai dibaca ketika merasa putus asa, sedih dan gusar. Penulis mengajak pembaca menyerahkan seluruh kesedihan kepada Tuhan. Buku ini menjadi lebih menarik dengan contoh-contoh dari kehidupan sebenar yang penulis bawakan. 

Ha, demikianlah perkongsian Kak Iman tentang 8 buah buku yang tercalon dalam MPH Best 2019.

Terima kasih kepada semua yang telah mendapatkan buku-buku ini di mana-mana MPH berdekatan kalian. Mari terus doakan dan berikan sokongan kepada IMAN agar buku-buku ini berjaya dinobatkan sebagai pemenang.
Bagaimana kalian boleh membantu IMAN memenangi anugerah ini?

  1. Kongsikan mengenai 8 buku ini kepada keluarga dan kawan-kawan, sama ada melalui media sosial mahu pun cerita mulut ke mulut.
  2.  Ajak mereka ke MPH berdekatan untuk mendapatkan buku ini dengan harga istimewa. (Boleh dapat potongan sehingga 25 % tau bagi pemilik kad ahli MPH)

Terima kasih !