Berani Bermimpi Tinggi
Di IMAN, kami sangat menggalakkan individu yang berani bermimpi dan berbakat tinggi untuk menyertai pasukan kami.
Dari sebuah team yang kecil, bermula dari syarikat kedai buku Imanshoppe dan seterusnya penerbit buku Iman Publication, IMAN sentiasa dahaga untuk mencipta sesuatu yang baru dan luar biasa di dalam industri buku.
Kini, buku Iman Publication telah memenangi beberapa anugerah yang diiktiraf industri dan telah tersebar ke seluruh Malaysia. Booth Imanshoppe dan Iman Publication turut menjadi tumpuan puluhan ribuan pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa.

Berminat intern di IMAN?
1, Emelkan surat dari universiti ke [email protected]
2. Nyatakan sebab mengapa memilih IMAN sebagai tempat internship.
4 sebab
— Mengapa Anda Harus Bekerja Di IMAN
Budaya Kerja Yang Cintakan Buku
Di IMAN, anda boleh membaca buku tanpa sekatan. Keluarga IMAN sangat sukakan buku. Malah kami akan memberikan baucar buku senbanyak RM30 secara percuma setiap bulan kepada setiap ahli pasukan.
Pengembangan Bakat
Anda diberikan kebebasan untuk mengasah bakat secara kreatif di IMAN. Inovasi dalam bekerja adalah sesuatu yang dibudayakan di IMAN.
Menjadi Sebahagian Daripada Sejarah
Di Iman, anda akan menyaksikan keajaiban demi keajaiban berlaku menerusi buku. IMAN berdedikasi untuk sentiasa berinovatif menghasilkan buku yang tinggi mutunya dan sampai mampu terbang sehingga ke peringkat antarabangsa. Kami mahu anda menjadi sebahagian darinya.
Optional Flexible Working Hours
IMAN merupakan ‘result -oriented company’. Jika anada boleh hasilkan kerja yang bagus, anda diberi kebebasan untuk bekerja di luar, ataupun kerja pada ‘flexi hours’, bergantung kepada perbincangan dengan pihak pengurusan
Bakat
— Yang Kami Cari
1. Kelebihan Luar Biasa
Jika anda berbakat dalam bidang editorial, penulisan, jualan dan pemasaran serta data analisis, andalah yang kami cari. Bukan itu sahaja, kami mencari bakat yang berbeza dalam bidang tersebut. Sesuatu yang berbeza, yang tidak ada pada orang lain.
2. Kendiri
Berada di IMAN, anda diberikan empowerment untuk melaksanakan tugasan anda. Monitoring di peringkat atas adalah minimal. You have to monitor your own progress and deliver the result.
3. Efisien Bekerja
Syarikat IMAN sedang di dalam fasa ‘scale-up’. Bekerja secara efisien adalah satu kemestian untuk memastikan sasaran kerja dapat dicapai dengan baik. Perlu sanggup bertahan untuk mengejar sasaran dalam masa yang ditetapkan.
4. Belajar Tanpa Henti
‘If you stop learning, you stop growing’. Belajar berterusan adalah budaya kerja di IMAN. Banyak pembelajaran adalah menerusi pembacaan buku, research dan menimba pengalaman.
5. Memimpin Dan Team Work
Jika anda ada bakat kepimpinan serta boleh bekerja di dalam satu kumpulan yang dinamik, maka andalah yang kami cari. Peluang untuk career growth terbuka luas untuk syarikat scale up di IMAN.
Berminat intern di IMAN?
1, Emelkan surat dari universiti ke [email protected]
2. Nyatakan sebab mengapa memilih IMAN sebagai tempat internship.
Selamat mencuba!