fbpx

Penghantaran Kerangka Idea kepada IMAN Dibuka!

Menjadi impian besar bagi seorang penulis untuk melihat karyanya diterbitkan dan tersusun di rak-rak kedai buku. Dan menjadi impian IMAN juga untuk menerbitkan serta menyebarluaskan konten yang baik dan bermanfaat kepada para pembaca. Dengan impian itu juga, IMAN ingin memastikan setiap karya yang diterbitkan memberi nilai tambah dalam hidup setiap pembaca buku IMAN. 

Maka, pemilihan dan pembinaan idea untuk direalisasikan hingga menjadi sebuah karya ini perlulah melalui proses yang sangat teliti. Mengapa?

Kerana; Great Contents Matter.

Kami percaya bahawa karya yang baik perlu sampai kepada pembacanya dengan baik. Maka cadangan idea yang terpilih akan dibangunkan bersama-sama dengan barisan editor IMAN, agar idea anda benar-benar sampai kepada pembaca.

Jadi, anda ada idea menarik untuk IMAN terbitkan? 

Kongsikan idea anda dalam borang cadangan idea di 

Syarat dan Kriteria:

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Menggunakan bahasa utama yang bersesuaian dengan segmen yang dipilih, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris standard.
  3. Jelas siapakah sasaran pembaca dan idea konten bersifat relatable kepada sasaran pembaca.
  4. Karya mestilah merupakan karya asli yang ditulis sendiri oleh penulis (bukan plagiat), dan tidak pernah diterbitkan di mana-mana rumah penerbitan.
  5. Penyertaan dibuat dengan mengisi dan menghantar borang penyertaan di Borang Kerangka Idea IMAN. Sebarang penghantaran menggunakan cara selain daripada yang dinyatakan dengan secara automatik terbatal.
  6. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
  7. Penghantaran dibuka bermula 17 April hingga 1 Jun 2021. Borang akan ditutup secara automatik pada jam 12.00 malam, 2 Jun 2021.

Idea terpilih akan diumumkan pada 1 September 2021!

Soalan Lazim

1. Apa maksud Kerangka Idea?

Kerangka Idea adalah permulaan kepada setiap buku yang diterbitkan di IMAN. Ia boleh datang dalam bentuk struktur kandungan (bagi bukan fiksyen) atau struktur cerita (bagi fiksyen). Kerangka Idea perlu jelas sebelum memulakan perjalanan menulis sebuah buku, supaya mesej utama yang ingin disampaikan juga jelas.

2. Mengapa tidak menerima penghantaran manuskrip penuh?

Di IMAN, kami percaya kepada co-creation – iaitu kerjasama rapat antara penulis dan editor dalam membangunkan sesebuah manuskrip. Selepas Kerangka Idea sudah lengkap dan jelas, para editor akan membantu penulis dalam memastikan manuskrip yang dibangunkan bersama menepati apa yang diperlukan oleh pembaca yang disasarkan.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan “konten yang relatable” kepada sasaran pembaca?

Setiap penulis perlu mengenali sasaran pembacanya – pembaca itu suka belajar tentang apa, pembaca suka bahasa penyampaian yang bagaimana, apa cabaran yang dilalui dalam kehidupan mereka dan sebagainya. Dengan memahami pembaca, penulis dapat menuliskan konten yang diinginkan dan diperlukan oleh pembaca, di samping memudahkan pembaca menerima idea/konten yang ingin diberikan.

4. Jenis konten bagaimana yang akan diterima untuk penilaian?

Setiap konten yang dihantar mesti membawa misi yang sama dengan IMAN, iaitu improving lives. Penulis boleh memilih daripada lima genre yang diberi serta pilihan tema-tema yang disediakan untuk setiap genre di dalam Borang Kerangka Idea IMAN. Penyertaan yang lengkap, jelas dan mudah difahami akan diprioritikan.

5. Bolehkah saya menghantar lebih daripada satu penyertaan?

Setiap orang boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tidak kira dalam genre yang sama atau berbeza.