Pelbagai usaha dan kempen telah dijalankan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana bangsa membaca adalah bangsa yang berjaya. Tidak perlu dinyatakan lagi apa kepentingan membaca dalam membina suatu tamadun yang hebat, umum telah menyedari dan maklum tentang perkara tersebut.

Ingin Dapatkan Info Terkini, Promosi Dan Surat Istimewa Daripada Kak Iman?
Masukkan email dan klik butang SAYA NAK! sekarang.
*T&C apply

Jika kita mengkaji sejarah, setiap tamadun besar mempunyai bentuk penulisannya sendiri, umpamanya, tamadun Mesopotamia memperkenalkan cuneiform dan tamadun Mesir purba muncul dengan hierogliphs. Lain-lain tamadun juga turut memperkenalkan bentuk tulisan dan tidak kurang juga yang menceduk atau menerima bentuk tulisan dari tamadun yang terdahulu dan diguna oleh tamadun yang kemudian.

 

Kenapa bentuk tulisan ini amat penting kepada sesuatu tamadun. Ia memberi ruang berkomunikasi dalam bentuk yang lebih teratur dan mudah.Tulisan-tulisan ini menjadi alat untuk merekod kejadian, peristiwa, kelahiran, resipi dan perubatan. Dalam lain perkataan, tulisan-tulisan ini wujud untuk dibaca dan pembacaan inilah yang menjadi ilmu dan pengetahuan kepada sesuatu masyarakat.

 

Ilmu dan pengetahuan inilah yang menyumbang kepada membangunkan sesuatu tamadun. Tanpa sebarang keraguan, pengetahuan dan ilmu itu terhasil dari pembacaan. Malahan, ayat pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad ialah “iqra’” iaitu bacalah. Bacalah jika mahu menimba ilmu pengetahuan.

(sumber : https://www.pmo.gov.my/2020/02/ucapan-sempena-majlis-pelancaran-dekad-membaca-kebangsaan/ )

Budaya membaca harus bermula dari dalam rumah iaitu keluarga. Hal ini kerana keluarga lah struktur asas dalam sesebuah negara. Antara cara yang boleh saya kongsikan iaitu yang telah dilakukan oleh keluarga-keluarga yang berjaya membudayakan pembacaan dalam keluarga ialah:

1. Menyediakan peruntukan atau bajet bulanan untuk perbelanjaan buku

Jika kita mengasingkan sedikit wang perbelanjaan bulanan kita untuk hiburan, pakaian dan pelbagai hal lain, mengapa tidak kita asingkan juga sedikit wang perbelanjaan kita untuk buku. Tak perlu banyak, tak perlu dalam jumlah yang besar tapi perlu ada. Hal ini penting bagi membina kebiasaan membeli buku dalam keluarga.

Bermula dengan RM 30 sebulan misalnya, beli majalah atau buku-buku yang nipis. Kemudian ditambah sedikit demi sedikit.

 

2. Menyediakan sudut bacaan di rumah

Tak perlu ruang yang besar tapi harus ada. Di ruang tamu atau sudut rumah atau di dalam bilik. Ruang ini penting supaya semua orang dalam rumah mudah mendapatkan buku-buku untuk dibaca. Selain itu, apabila sudut bacaan itu dibuat di kawasan yang mudah atau selalu dinampak, secara tidak langsung akan memberi galakan kepada seluruh ahli keluarga untuk membacanya.

Ada sesetengah keluarga meletakkan buku di banyak tempat di dalam rumah seperti di atas meja di ruang tamu, di dalam bilik tidur, di ruang depan rumah dan di seluruh bahagian rumah bagi membiasakan anak-anak melihat buku dan secara tak sengaja akan mengambil serta membacanya. Menarik bukan? Sengaja ‘menyepahkan’ buku di seluruh kawasan rumah.

 

3. Menjadikan buku sebagai hadiah untuk sebarang sambutan istimewa

Sekali-sekala tukarkan coklat atau barang permainan dengan buku. Atau hadiahkan coklat dan barang permainan bersama buku. Hadiahkan buku yang baru terbit atau sedang menjadi bualan ramai orang ketika itu. Ajarkan ahli keluarga kita untuk mencintai buku dan meletakkan nilai yang tinggi kepada buku. Kerana hakikatnya kita sedang menghargai ilmu.

Buku merupakan harta yang akan tahan lama dan sentiasa memberi manfaat. Lebih-lebih lagi ketika ia dibaca dan diamalkan isi kandungannya. Cuba bayangkan jika si penerima hadiah buku daripada kita tadi berubah menjadi seorang yang lebih berakhlak, manfaat pahala berterusan buat kita selagi dia mengamalkannya.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya…”

 

4. Memasukkan membaca dalam rutin mingguan

Jadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti mingguan bersama keluarga. Membacakan buku kepada anak-anak misalnya setiap kali sebelum tidur atau ketika hujung minggu. Selain itu, boleh juga meluangkan masa bersama dengan masing-masing membaca buku-buku pilihan dan berkongsi cerita tentangnya. Saling bercerita tentang penulis kegemaran masing-masing, watak kegemaran dalam buku yang sedang dibaca dan pelbagai lagi cerita tentang buku.

Apabila rutin ini dibiasakan, secara tak langsung keluarga yang cintakan buku dan ilmu akan terwujud.

 

5. Membawa ahli keluarga ke pesta atau aktiviti bertemakan buku

Pelbagai aktiviti bertemakan buku dianjurkan hari ini, lebih-lebih lagi selepas wujudnya ‘Dekad membaca kebangsaan’ dan kempen #Malaysiamembaca dilancarkan. Pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan, institusi-institusi pembukuan telah bergabung tenaga dan idea untuk menjayakan misi ini. Selain dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), pesta buku setiap negeri turut diadakan. Sebagai contoh, 27 Februari sehingga 8 Mac 2020 ini akan berlangsung Pesta Buku Selangor di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Pesta ini merupakan pesta kedua terbesar selepas PBAKL. Pelbagai aktiviti yang diajurkan seperti sesi pelancaran buku baru, sesi bertemu penulis dan bengkel melukis. Kali ini IMAN bawakan ramai penulis-penulis baru yang semakin menempa nama di Malaysia. Antaranya Ustaz Mizi Wahid, penulis buku ‘best-seller’ The Art of Letting God yang didatangkan istimewa dari Singapura. Pelukis Komik Gaza Mini, IF Moses, Ayesha Syahira atau nama lainnya Quran Tag Girl (ha, ada buah tangan baru nanti dari beliau istimewa pelancaran semasa PBS) dan juga Ustaz Syaari Ab Rahman yang tidak asing lagi dalam bidang tafsir dah tadabbur Al-Quran.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu mereka dan dapatkan pelbagai buku terkini dan menarik dengan harga istimewa.

Jumpa di rerurai P34 dan P35 nanti!

Pesta Buku Selangor

Follow telegram Kak Iman untuk dapatkan semua berita terkini. >> t.me/KakIman

 

Penulisan oleh,

Hidayah Hamid,

Penulis Konten IMAN