— PENULIS: Dr. Majdi Al-Hilali
Denyut Nadi Dakwah
RM 25.00
Buku Denyut Nadi Dakwah merupakan versi terjemahan buku Rakaiz Dakwah. Buku ini menerangkan tentang 9 rukun daripada 10 Rukun Baiah, bermula dari ikhlas, amal, thiqah, taat, ukhuwah, tajarrud, pergorbanan, jihad dan tsabat.
Buku ini ibarat sebuah himpunan khazanah ilmu dan hikmah dalam melahirkan para du’at yang secara serius menginfakkan diri dalam jalan dakwah. Kupasan yang dilakukan berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah kemudian diperkuatkan lagi dengan pengalaman-pengalaman daripada sirah nabi, para sahabat dan angkatan du’at sepanjang zaman, mampu mencetus satu tolakan bagu mengamalkan setiap teori yang telah sedia ada dalam diri para du’at.
Buku ini harus dibaca dan dihadam oleh para du’at kerana di sini terdapat formula-formula bagi melahirkan du’at yang mantap dalam menyebarkan Islam. Semoga buku ini bermanfaat buat para pembaca yang bakal merubah dunia menuju Allah S.W.T.
Paperback:
Also available on:
MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | SMO | Other Local Bookstore
E-book Version:
Akan dikemaskini
Praise
Penggunaan bahasa yang mudah difahami, susun atur ayat yang menarik membuatkan saya boleh membayangkan bagaimana Hasan al-Banna menuturkan ayat-ayat yang dituturkannya. Saya meminati beliau secara keseluruhannya; cara berdakwah, membesarkan anak-anak, kepimpinan, akhlak. Habis membaca buku ini dalam masa satu hari sahaja kerana bahan bacaan yang menarik dan indah seperti ini susah untuk diketepikan. – Aiza
Find Our Books At:
3, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
+603-8940 7284