— PENULIS: IFFAH NIZAR
Dudel Tarbiah: Kitab Grafik Tauhid Zindani Jilid 1
RM 18.00
Kitab Grafik Tauhid Zindani ini dilukis bagi membantu kefahaman dan penyampaian Kitab Tauhid yang ditulis oleh Sheikh Abdul Majid Az-Zindani.
Kitab Tauhid merupakan sebuah kajian aqidah melalui perspektif sains dan Al-Quran. Penulisnya, Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani merupakan seorang tokoh dakwah yang sangat berpengaruh di Yaman. Beliau yang amat terkenal dengan kehebatannya dalam soal aqidah dan tauhid, sering mengadakan kajian, syarahan dan perbincangan bersama-sama tokoh-tokoh sains termasyhur seantero dunia bagi membuktikan kebenaran, kesahihan dan keajaiban Al-Quran.
Kitab karangan Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani ini istimewa kerana penulis menggunakan fakta-fakta sains serta contoh-contoh yang mudah difahami oleh pembaca umum. Kitab Grafik ini pula dilukis khusus untuk membantu kefahaman dan penyampaian Kitab Tauhid Az-Zindani.
Paperback:
Paperback, 132 pages
ISBN13 : 978-983-2423-35-5
Also available on:
MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | SMO | Other Local Bookstore
Praise
Buku ini menarik kerana terdapat pelbagai ilustrasi yang menarik dan comel. Tambahan pula, isi yang dipersembahkan begitu ringkas dan padat. Cuma bagi saya. Bagi yang sudah mempunyai asas mengenai Tauhid mungkin tiada masalah untuk memahami buku ini. Namun, bagi yang tiada pengetahuan asas mengenai Tauhid mungkin akan tertanya-tanya huraian mengenai setiap isi tersebut agar mereka lebih memahami. Saya kira buku ini sangat sesuai digunakan oleh para nuqaba’ atau murabbi sebagai panduan untuk membuat pengisian semasa usrah. Jadikan buku ini sebagai asas dan mengajak ahli usrah untuk bersama-sama mengupas dengan lebih mendalam. – Wan Nor Hanifah Hidayah
— Other Books By Iffah Nizar
Find Our Books At:
3, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
+603-8940 7284