— PENULIS: Dr. Umi Kalthum Ngah
Mudahnya Menulis
RM 15.00
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila.” (Al-Qalam:1) Bidang penulisan biasanya dikaitkan dengan beberapa mitos yang menyebabkan kebanyakan kita rasa tidak termotivasi untuk menulis seperti perlunya ada bakat, boleh menulis dengan baik, cekap menguasai bahasa dan bukan me reka yang datang dari latar belakang bidang matematik dan sains.
Buku Mudahnya Menulis tulisan Dr. Umi Kalthum Ngah, seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia bidang sains dan kejuruteraan bisa mengubah persepsi itu. Menulis rupanya sangat mudah! Gaya penulisan beliau yang bersahaja dengan pelbagai tips dan perkongsian akan membuatkan kita tidak sabar memulakan kembara penulisan sendiri. Bermula dengan persoalan bagaimana mendapat ilham untuk menulis, Dr. Umi Kalthum membawa pembaca memperbetulkan pemikiran mengenai salah tanggap bidang penulisan.
Kemudian tujuan menulis, langkah-langkah menghasilkan penulisan, gaya penulisan, ciri-ciri karya hebat, persiapan psikologi jiwa dalam penulisan dan motivasi untuk terus menerus menulis. Menulis sangat banyak manfaat antaranya “medan dakwah”, pahala berganda, satu terapi, perkongsian pengalaman dan banyak lagi. Ayuh mulakan titik pengembaraan kita dengan mendapatkan buku ini.
Paperback:
Also available on:
MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | SMO | Other Local Bookstore
E-book Version:
Akan dikemaskini
Praise
Sangat sesuai untuk penulis baru. Sebagai penulis yang sudah biasa menulis, ada sebahagian tips yang sudah pun saya amalkan. Ada juga beberapa teknik yang baru saya belajar contohnya Kawakita Jiro. Sesiapa yang nak mengajar teknik penulisan (atau nak mengendalikan bengkel), buku ini sangat terbaik untuk anda tambah input penyampaian. Dalam buku ini juga ada banyak contoh perbandingan penulisan yang bagus dan kurang bagus. – Shahkang
Find Our Books At:
3, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
+603-8940 7284