fbpx

PENULIS: AIDIL GHAZALI

Pada Pahitnya Secawan Kopi by Aidil Ghazali

RM 30.00

Sinopsis

“Intan sedar diri sikit boleh? Fikir panjang. Kalau tak kahwin, siapa nak jaga Intan? Intan kan ….”
“Saya ni kenapa, mak?”jerit Intan, tangannya menggigil.

***

Semenjak Intan mengetahui keadaan dirinya yang tidak sempurna seperti wanita lain, dia sudah mematikan harapan untuk berkeluarga. Lebih-lebih lagi apabila hubungannya pernah terputus tengah jalan kerana perkara itu.

Ketika Intan sudah pasrah, ibunya pula beria-ia mengatur agar Intan berkahwin dengan calon pilihan. Meskipun berkali-kali Intan menolak, ibunya tetap berkeras dengan keputusan tersebut.

“Takkan mak nak aniaya awak? Salah ke kalau seorang ibu mahukan anaknya bahagia?

”Hati Intan luluh berkecai apabila ibunya mula bertindak melampaui batas. Bagi ibunya, semua demi kebaikan Intan. Namun bagi Intan, cukuplah sekali hatinya disakiti.

Andai Intan membuka lagi hatinya untuk meraih kebahagiaan yang diimpikan, mampukah harapan ini mekar, atau dirinya akan kecewa buat kesekian kali?

Paperback:

Penulis: Aidil Ghazali
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459651
Bil. Muka surat:339m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.35kg

 

MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | SMO | Other Local Bookstore

Highlights:

Mesej yang ingin disampaikan pembaca adalah:

 

    • Kekurangan apa pun tidak menghalang seseorang itu untuk hidup bahagia kerana semua orang layak memiliki bahagia

    • Erti bahagia yang sebenar, datang daripada diri kita sendiri bukanlah daripada orang lain

    • Menerima ketidaksempurnaan diri adalah tidak mudah apabila ia tidak difahami orang lain

OTHER BOOK BY aidil ghazali

 

Find Our Books At: