fbpx

PENULIS: SYERAHO

Reformasi Hati Kita

RM 12.00

Buku ini ditulis serta disusun dengan baik setiap isi kandungannya agar proses serta usaha dalam membentuk sebuah hati dalam mencari keredhaan Allah menjadi lebih jelas dan bermakna.

Ia memberi suatu tips serta perkongsian pengalaman yang praktikal yang dapat diaplikasikan dengan mudah dalam kehidupan seharian kita.

“Cuba kita tuangkan air pada cawan yang diterbalikkan. Adakah air itu akan masuk?”

Tidak. Sedikit pun tidak.

Tetapi apabila kita kembalikan cawan ke posisi yang betul, sudah tentu air yang dituang akan masuk ke dalam cawan itu.

“Inilah hasil, bagi mereka yang membuka hati mereka, dan kemudian berfikir sesuatu dengan lebih terbuka. Hasilnya, mereka berubah ke arah-Nya.”

Hati yang dibentuk berpandukan ajaran daripada risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W mampu melahirkan individu yang sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah, lalu bahagialah si pemilik hati di dunia dan akhirat.

“Tidak sedikit pun kita rugi apabila kita memandang apa jua nasihat yang diberi sebagai sesuatu yang positif. Hakikatnya, ia sebenarnya teguran daripada Allah jua, yang disampaikan melalui insan lain.”

Apabila buku ini dibaca, suatu keyakinan akan muncul untuk berazam dan terus istiqamah dalam usaha mendapatkan hati yang memiliki kedudukan yang baik di sisi Allah, serta banyak lagi perkongsian menarik yang terdapat dalam buku ini.

Semoga ia bermanfaat buat anda.

 

Paperback:
Paperback, 101 pages

ISBN: 978-983-2423-10-2

 

Also available on:

MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | SMO | Other Local Bookstore

 

E-book Version:

Praise

Buku yang banyak memberi pengajaran dan banyak menegur saya untuk memperbaiki niat saya apabila membuat sesuatu.

– Nur Hazwani

Awards

Other Books By Syeraho

Slider

Iman Publication | Great Contents Matter
Location pin | Free Icon 3, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan,
Selangor

Telephone Icons - Download Free Vector Icons | Noun Project +603-8940 7284

Email icon admin@imanpublication.com