fbpx

PENULIS: INSPECTOR SAAHAB

Sedangkan Kiblat Pun Berubah

RM 25.00

Buku ini adalah hasil kompilasi tulisan penulis di laman maya. Sebanyak 30 artikel dimuatkan, semuanya bertemakan tadabbur/penghayatan dalam kehidupan. Tidak kiralah sama ada ia penghayatan terhadap situasi yang berlaku dalam kehidupan penulis, mahupun ayat Quran yang dibaca mahupun hadis yang dikupas serta kisah-kisah Nabi yang diceritakan, semuanya mempunyai nilaian yang tersendiri.

Penulis telah mengupas dari sudut pengalaman penulis sendiri dan mengaitkan setiap pengajaran yang didapati daripada tadabbur itu dengan kehidupan sebagai seorang manusia, dan juga aktivis yang bergiat aktif di medan dakwah dan tarbiah.

Gaya penulisan yang santai serta mudah dibaca menjadikan buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Walaupun bukan sebagai buku rujukan ilmiah, tetapi sebagai percikan hidayah serta pengubah paradigma pembaca. Untuk memastikan ia tidak tersasar daripada mesej Islam yang sebenar, buku ini telah pun disemak oleh editor syariah yang bertauliah.

Sedangkan Kiblat Pun Berubah, apatah lagi hati dan hala tuju hidup kita. Mesej penulis jelas, kita semua ini manusia terpilih. Sedar ataupun tidak, itulah hakikatnya. Allah telah memilih kita menjadi Muslim, kerana itu berimanlah dengan sebenarnya dan jalankanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, iaitu menjadi abid dan khalifah-Nya.

Paperback:
Paperback, 190 pages
ISBN13: 978-983-2423-33-1

 

Also available on:

MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | SMO | Other Local Bookstore

E-book Version:

Praise

Seseorang itu akan ketemu dengan apa yang dia cari Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh-Nya, untuk menghadam mesej-mesej yang dibawa oleh penulis. Semoga Allah memberkati penulis dan penulisannya. Buku ini sesuai untuk daie yg mencari apa-apa yg dirasakan semakin pudar, yang mencari dimana salahnya aku merasa kosong begini ? Dan juga pada yang ingin lebih lebih lagi memaknai tarbiyyah dan dakwah yang sedang dibawa. – Farah Mohd Noor

Other Books By Norhafsah Hamid

Find Our Books At:

Iman Publication | Great Contents Matter
Location pin | Free Icon 3, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor

Telephone Icons - Download Free Vector Icons | Noun Project +603-8940 7284

Email icon [email protected]