— PENULIS: AISHAH MADADIY
RM 30.00
Nawal Hamdi tekad. Kali ini dia memilih bersendirian. Dia tidak lagi berharap pada ayahnya. Dia tidak lagi peduli pada Wadi, lelaki yang telah menghancurkan harapannya. Mana mungkin perempuan yang kuat sepertinya kalah dengan emosi sendiri.
Nawal membawa diri jauh ke London demi menjejaki kakaknya. Sudah lima tahun kakaknya menghilang tanpa khabar setelah berkahwin dengan lelaki pilihan. Tanpa diduga, keberadaannya di sana mencetuskan perbalahan lain pula apabila Nawal tersepit dalam konflik rumahtangga sahabat baiknya.
Pencarian Nawal tiba-tiba dikejutkan dengan khabar ngeri bahawa kakaknya disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas. Ketika ini, kehadiran Ali seolah menawarkan harapan, sedang hatinya tidak sedia dilukai lagi.
Kemelut yang tidak berkesudahan membuatkan Nawal semakin terbelenggu. Nawal mulai sedar, demi menemukan semula kebebasan jiwanya, ada sesuatu yang dia perlu tawan – egonya.
Paperback:
Praise:
Sangat puas membaca dengan jalan cerita yang sangat baik dan juga sarat dengan pengajaran. Banyak yang saya belajar dari watak seorang Nawal yang saya kira seorang figura yang hebat, boleh dijadikan contoh wanita yang baik. Yang paling saya terkesan adalah kebergantungannya pada Tuhan amat tinggi.
Secara keseluruhan, buku ini mengangkat tema kekeluargaan, persahabatan dan juga kemanusiaan. Terima kasih penulis untuk karya yang baik ini 🙂 – Nhashimah Azizan di Goodreads
Find Our Books At: