— PENULIS: AIMAN AZLAN & PROF DATUK DR HARLINA HALIZAH SIRAJ
RM 30.00
Apabila sudah berkahwin, barulah tersedar bahawa perjalanan mencapai bahagia itu tidaklah seindah dan semudah yang dibayangkan. Hatta untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya pun sukar, sampai kita mula mempersoalkan keserasian hidup sebagai pasangan suami isteri.
Apakah sebenarnya yang terjadi?
Adakah kami tidak sekufu lagi?
Kita sangka memilih pasangan yang sekufu ialah kunci utama untuk bahagia dalam perkahwinan. Hakikatnya, sekufu dengan pasangan bukanlah bermaksud tiada langsung perbezaan. Apa yang perlu ditekankan ialah kebersamaan.
Bersama-sama memberikan komitmen untuk saling memahami.
Bersama-sama membina keserasian untuk menjayakan hubungan rumah tangga.
Melalui buku ini, Aiman Azlan & Dr Harlina menghuraikan punca permasalahan yang sering terjadi dalam rumah tangga berserta solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh pasangan suami isteri dalam usaha membina keserasian dalam perhubungan.
Paperback:
Paperback, 226 pages
ISBN: 9789672459347
Language: Malay language
Genre: Self-Help
MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | SMO | Other Local Bookstore
Praise:
Buku yang berkisar tentang realiti hidup berpasangan. Tujuan utama mula-mula baca buku ni sebab nak tahu, betul ke tak calon yang aku pilih ni. Rupanya ianya melibatkan banyak proses, prosesnya secara ringkas kita kena menerima baik dan buruk pasangan dan redha keatas takdir sebab kita juga manusia yang lemah dan banyak kesilapan.
Kemudian, mempunyai tujuan dan mentaliti yang sama itu tersangatlah perlu dalam mencari calon untuk berpasangan demi mencapai destinasi yang sama. Manakan boleh satu kereta membawa kepada dua haluan yang berbeza.” – Khairul Asmui di Goodreads
— OTHER BOOK BY AIMAN AZLAN
Find Our Books At: