fbpx

PENULIS: TEME ABDULLAH

Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua

RM 30.00

Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.

Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.

*****

Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.

Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.

Paperback:
Paperback, 292 pages
Published March 27th 2020
ISBN13: 978-983-2423-96-6

 

Also available on:

MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | Other Local Bookstore

E-book Version:

Praise

Saya ambil masa 5 jam (tanpa henti) sahaja untuk habiskan baca buku ni. Sebab saya rasa sakit dada tengok penderitaan watak utama, Latif. Saya tak sabar nak tengok ending. Ending memang superb! Tak mengecewakan! Ending buku ni mengajar yang setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Tak pernah saya jumpa buku fiksyen Melayu macam ni. Buku ni boleh jadi inspirasi kepada penulis Melayu lain untuk hasilkan karya yang lebih berkualiti, memberi ilmu bermanfaat. Well done Teme!

– Iffah Khafizi

Other Books By Teme Abdullah

Find Our Books At:

Iman Publication | Great Contents Matter
Location pin | Free Icon 3, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor

Telephone Icons - Download Free Vector Icons | Noun Project +603-8940 7284

Email icon [email protected]