— PENULIS: TEME ABDULLAH
Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama
RM 30.00
Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul ‘kredit’ yang cukup sebagai bukti mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.
Artis terkenal itu ada segalanya – wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.
Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada ‘artis terkenal’ yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.
Hidupnya berubah dari saat itu.
*****
Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.
“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.
Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.
Paperback:
Also available on:
MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | Other Local Bookstore
Praise
Aku kagum dengan imaginasi penulis. Buku ni akan bawa kau masuk zaman millenia yang teknologi dia super canggih. Dia gambarkan hakikat yang berlaku zaman kita ni dengan gambaran moden. Kalau fikir balik, seram pun ada. Persepsi manusia boleh membunuh, mungkin kita hanya mayat hidup. Thumbs up to Teme and Iman Publication. Stay strong, Latif Purnama.
– Amshah
— Other Books By Teme Abdullah
Find Our Books At:
3, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
+603-8940 7284