fbpx

Sisi Berakhlak Yang Hilang

RM 35.00

Mengapa sebenarnya seseorang gagal mencapai apa yang diinginkan dalam hidup?
Walhal cita-cita sudah jelas, azam sudah sempurna, dan semangat juga sudah melangit.
Rupa-rupanya, yang hilang daripada kita adalah sikap. Ia merupakan sains dan sunnatullah di sebalik mana-mana kejayaan.

Mahu menjadi keluarga terbaik, tetapi tidak proaktif dalam menzahirkan cinta.
Mahu menjadi teman akrab, tetapi sentiasa menjatuhkan antara satu sama lain.
Mahu menjadi masyarakat unggul, tetapi tidak mahu bertoleransi.
Mahu menjadi pemimpin kompeten, tetapi tidak strategik dalam menyusun prioriti.

Melalui buku Sisi Berakhlak Yang Hilang, Ustaz Hasrizal merumuskan sikap-sikap yang boleh meningkatkan kualiti diri individu. Ia menjadi pemangkin besar dalam merealisasikan segala impian yang telah dicitakan, dengan izin Allah SWT.

Paperback:

Paperback, 205 pages
ISBN: 9789672459323
Language: Malay language
Genre: Malay Islamic

 

Also available on:

MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | SMO | Other Local Bookstore

Praise

Amat menarik apabila Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (semoga Allah SWT memelihara beliau) membawakan sisi-sisi berakhlak dengan menjadikan buku karangan Stephen R. Convey, ‘The 7 Habits of Highly Effective People’ sebagai paksi perbincangan di dalam buku beliau ini.

Bacaan santai namun sarat dengan isu-isu akhlak yang dekat dengan kita namun sering kita abaikan. Dari sekecil-kecil adab mendengar sehinggalah sebesar-besar adab menguruskan khilaf ada disentuh di dalam buku ini. Pada pandangan saya, penulis telah berjaya membawakan isi kandungan buku Stephen R. Convey di dalam buku beliau ini (meskipun tidak secara keseluruhannya) dengan baik dan boleh saya katakan yang membaca buku ‘Sisi Berakhlak Yang Hilang’ ini seperti membaca ‘The 7 Habits of Highly Effective People’ versi Islamik. – Syed Husaini di Goodreads

Other book by USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL

Find Our Books At: