fbpx

PENULIS: HASIF RAYAN

Terima Kasih, Luka by
Hasif Rayan

RM 30.00

Sinopsis


“Aku abah dia!”

“Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah kisah pasal kami? Tak ada, kan?” Poji membentak, sinis.

***

Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja.

Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga membuatkan abahnya berang. Dek selalu tersepit dalam pergaduhan mereka, Naura semakin hari merasakan dirinya dibenci dan dilihat beban pada keluarga.

Hubungan antara Poji dan abah semakin tegang apabila Naura tiba-tiba menghilangkan diri. Abah langsung tidak boleh diharap!—Itu yang Poji rasakan. Sedangkan abahnya pula menyalahkan Poji kerana gagal menjaga Naura.

Luka yang selama ini dipendam, membuatkan masing-masing menyakiti tanpa sedar.

Seandainya nyawa menjadi taruhan, masih adakah ruang untuk Poji, abah dan Naura saling memaafkan kesakitan lalu?

Paperback:

Penulis: Hasif Rayyan
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459668
Bil. Muka surat: 467 m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.42kg

 

MPH | Popular | Bookcafe | Kinokuniya | SMO | Other Local Bookstore

Highlights:

Antara mesej yang anda dapat dari novel ini:

 

  • Apabila kita cuma biarkan diri kita tenggelam dalam kesakitan itu dan tidak berdamai, ia akan membuatkan tindakan kita sakiti perasaan dan jiwa orang sekeliling.

  • Menyalahkan orang lain sebagai punca kegagalan sendiri, hanya akan menghilangkan kepercayaan mereka terhadap potensi dirinya.

     

     

  • Ada kalanya Tuhan mengaturkan suatu peristiwa itu berlaku supaya menjadi pembuka mata kepada hamba yang dikehendaki-Nya.

OTHER BOOK BY HASIF RAYAN

 

Find Our Books At: