Tahun Penerbitan:

Esc.

  • ISBN: 978-983-2423-37-9
  • Diterbitkan pada Ogos 2015

Aku tulis untuk bercerita. Bukan pendengar setia yang aku cari, tapi kepuasan sendiri.

Pelukis Jalanan

  • ISBN:978-983-2423-29-4
  • Diterbitkan pada Januari 2016

“Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”

Lagenda Budak Usrah

  • ISBN:978-983-2423-30-0
  • Diterbitkan pada April 2015

Budak usrah bukanlah orang yang berburuk sangka dan suka judge
orang lain. Budak usrah adalah orang yang akan selalu melihat orang lain penuh optimis dan penuh harapan. Dia tidak melihat orang lain yang berbeza dan kurang tarbiah sebagai orang yang lebih rendah daripada dirinya.

Dia akan berusaha menarik semua orang di sekelilingnya ke syurga. Dia tidak mendabik dada, walaupun cara dan tindakannya lebih benar daripada orang lain. Budak usrah bukanlah juga orang yang bercakap kasar dan melemparkan kata-kata mengguris hati atas nama dakwah. Budak dakwah tidak takbur dengan kumpulan dan grup usrahnya.

Paling penting, tidak memandang rendah pada orang lain. Jika usrah
membawa kebahagiaan dan jalan benar bagi hidupmu, kenapa hatimu
bersangka buruk pada orang lain. Jika usrah memberi kesan pada jiwamu, namun kenapa akhlakmu tidak menggambarkan kesolehanan dirimu? Malah kamu merasa asing dan mudah merasa tidak senang dengan orang lain?

Usrah itu menjernihkan, walaupun tidak semua usrah sempurna. Usrah itu membenihkan tumbuhan yang menyenangkan hati walaupun dilihat lambat dan lembab. Usrah itu menghidupkan hati-hati dan menyambungkan tali-tali ukhuwah walaupun isinya sangat memerlukan pembaikan. Budak usrah adalah mereka yang sentiasa memandang
jernih jalannya di hadapan. Jika ada kekurangan, dia membaikinya dengan penuh santunan dan kesabaran. Jika adanya ukhuwah tercalar, dia menyambungkan. Paling penting, hatinya jernih sejernihnya daripada prasangka dan kebencian. Jangan cepat kecewa dengan usrah. Paling penting adalah kesungguhan membaikinya dengan cara penuh jernih, cinta dan penuh pengharapan!

Komik Dr. Muharikah HO

  • Diterbitkan pada April 2016

Hijrah

  • 978-983-2423-32-4
  • 161 muka surat
  • Diterbitkan pada Mei 2016

Adapun hijrah itu merupakan satu perubahan daripada jahat kepada baik. 

Tapi macam mana pula yang sebaliknya? 

***

“Umar?” 

Aku bingkas bangun dan berlari ke arahnya. Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai kepadanya, Umar tiba-tiba terbakar. Api berwarna kuning oren itu sangat marak, galak membakar sahabat baikku itu. Dalam kepanasan api itu, aku dapat dengar suara Umar yang sedang menjerit kesakitan, memanggil-manggil namaku. 

“MAJIDDDDDD!!!!!”

Sedangkan Kiblat Pun Berubah

  • 978-983-2423-33-1
  • 260 muka surat
  • Diterbitkan pada Julai 2016

Buku ini adalah hasil kompilasi tulisan penulis di laman maya. Sebanyak 30 artikel dimuatkan, semuanya bertemakan tadabbur/penghayatan dalam kehidupan. Tidak kiralah sama ada ia penghayatan terhadap situasi yang berlaku dalam kehidupan penulis, mahupun ayat Quran yang dibaca mahupun hadis yang dikupas serta kisah-kisah Nabi yang diceritakan, semuanya mempunyai nilaian yang tersendiri.

Penulis telah mengupas dari sudut pengalaman penulis sendiri dan mengaitkan setiap pengajaran yang didapati daripada tadabbur itu dengan kehidupan sebagai seorang manusia, dan juga aktivis yang bergiat aktif di medan dakwah dan tarbiah.

Gaya penulisan yang santai serta mudah dibaca menjadikan buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Walaupun bukan sebagai buku rujukan ilmiah, tetapi sebagai percikan hidayah serta pengubah paradigma pembaca. Untuk memastikan ia tidak tersasar daripada mesej Islam yang sebenar, buku ini telah pun disemak oleh editor syariah yang bertauliah.

Sedangkan Kiblat Pun Berubah, apatah lagi hati dan hala tuju hidup kita. Mesej penulis jelas, kita semua ini manusia terpilih. Sedar ataupun tidak, itulah hakikatnya. Allah telah memilih kita menjadi Muslim, kerana itu berimanlah dengan sebenarnya dan jalankanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, iaitu menjadi abid dan khalifah-Nya. 

Terbang Tapi Berjalan

  • 978-983-2423-34-8
  • 147 muka surat
  • Diterbitkan pada Oktober 2016

TAK SEMUA ORANG BOLEH TERBANG, TAPI SEMUA ORANG BOLEH BERJALAN.

Afiq Sazlan berkongsi cara untuk para pemuda memasang cita-cita setinggi langit, tetapi tetap berpijak atas bumi realiti.

Kecemerlangan milik pemuda yang memiliki pemikiran luar biasa, dan kemahiran untuk memanfaatkan ciptaan-ciptaan Allah di dunia ini.

Ini adalah cara beliau pandang hidup beliau; berbeza, sungguh istimewa. Tidak ramai pemuda berani mengambil keputusan yang boleh mengubah seluruh jalan hidupnya, jadi, bagaimana beliau berani mengambil langkah pertama yang seakan begitu menggerunkan itu?

Buku ini mecoretkan bagaimana Afiq Sazlan Terbang Tapi Berjalan dalam mengharungi cabaran demi cabaran, kejayaan mahupun kegagalan yang datang.

Dudel Tarbiah Kitab Tauhid Zindani Jilid 1

  • 978-983-2423-35-5
  • 136 muka surat
  • Diterbitkan pada Oktober 2016

Ramai yang mengadu kesukaran untuk membawa tajuk Tauhid Zindani dalam halaqah masing-masing, selepas ini tiada alasan lagi! Buku ini bakal membawa revolusi baru dalam penyampaian tajuk Kitab Tauhid dalam halaqah.

Pernah baca Kitab Tauhid az-Zindani? Baca tak pernah habis? Rasa isi sangat bagus tapi kurang daya tarikan? Kalau boleh nak ada ilustrasi yang lebih menarik?

Sekarang tak perlu risau lagi. Kami bawakan kepada anda buku dudel ni. Dapat menyelesaikan semua masalah di atas.

Buku ini mengandungi dudel yang menarik berbentuk nota dan juga mind-map yang memudahkan isinya lebih mudah difahami. Turut disediakan ruang nota untuk ditulis semasa halaqah nanti!