Tahun Penerbitan:

Detour

  • ISBN: 978-983-2423-49-2
  • 275 muka surat
  • Diterbitkan pada Januari 2018

“But this is not a game. This is about your life, Raudhah.”

Nama aku Raudhatul Hifza.

Tiada yang istimewa tentang diriku. Aku cuma ingin memberi harapan kepada Amir Talhah untuk terus hidup. Kerana aku pernah gagal membantu seseorang. Dan aku tidak mahu ia berulang.

Aku tak pasti sama ada kau memang nak tahu cerita kami, atau kau cuma nak tahu apa yang jadi pada Talhah – dan kenapa dia asyik menyebut namaku dalam diarinya, Hiatus.

Kalau kau juga ingin membantu, teruskan membaca kisah aku;
aku yang cuba membawa Talhah keluar daripada kekusutan hidup – depression, self-harming, suicidal – meskipun hidupku sendiri sudah sedia rumit. 

Aku hanya ingin mencari bahagia – adakah akan aku temui akhirnya? 

Komik Gaza: Detik Awal Palestin Dijajah

  • ISBN: 978-983-2423-50-8
  • 180 muka surat
  • Diterbitkan pada Mac 2018

Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin – memancing, berniaga roti Tabun dan bersama-sama kerajaan Turki Uthmaniyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringankan perjalanan jemaah haji.

Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herzl untuk menakluki Palestin. 

Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzl sahaja yang berhelah. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu.

Tapi…siapa? Dan kenapa?

Cerita Hilang

  • ISBN:978-983-2423-51-5
  • 210 muka surat
  • Diterbitkan pada April 2018

Kehilangan sering menimbulkan rasa kosong dalam hati.

Kita sangka, kekosongan itu kekal – maka kita meratapinya.

Tapi sedikit yang kita tahu, kekosongan yang hadir menyediakan ruang dalam hati kita untuk sesuatu yang lebih baik.

Letters to God

  • 978-983-2423-52-2
  • 245 muka surat
  • Diterbitkan pada April 2018

Letters to God is about a journey of a young girl named Sarah in trying to find her footing in a challenging world. An introvert by nature, Sarah struggles to balance her work, life and her spiritual longing while trying to adapt to her new surroundings. She found friendship along the way and also experienced hostility and heartache. Not knowing who to turn to, she decided to rant and rave to her Creator.

This is a story of how a young girl, who made a decision to write letters to God, telling Him of all her worries, and pain. She believes that one can talk to God at any time, any place, even outside prayers.

Did Sarah find solace?

Or did she continue to be lost?

Sekali Lagi

  • 978-983-2423-53-9
  • 339 muka surat
  • Diterbitkan pada April 2018

“Walau apa pun niat kau, hasilnya takkan sama Nadiah. Takkan sama!”

***

Nadiah mula menulis apa saja yang ingin diluahkan perasaannya pada waktu itu. Tidak semena-mena, Nadiah terasa kepalanya berpusing. Semuanya menjadi gelap.

***

Nadiah membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang terbaring di atas katil. Fikirnya, mesti Ilyani yang memapahnya. Dia tidak ingat apa yang berlaku sebelum itu, tiba-tiba semuanya gelap.

“Nad, pukul 6.15 pagi dah. Bangunlah. Dah empat kali aku kejut kau ni.”

“Kenapa? Ada apa?” tanya Nadiah kebingungan.

“Bangun nak pergi sekolahlah. Kau mamai ek?”

“Sekolah?”

Impian Jalanan

  • 978-983-2423-55-3
  • 351 muka surat
  • Diterbitkan pada April 2018

Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
Tak boleh jadi jutawan.

Tak apa. Biar aku cuba.

Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama

  • 978-983-2423-56-0
  • 352 muka surat
  • Diterbitkan pada April 2018

Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa. 

Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. 

Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

Stigma

  • 978-983-2423-57-7
  • 355 muka surat
  • Diterbitkan pada April 2018

“Macam mana kalau saya terjatuh cinta kat dia?” ungkap Iman, serius.

Ketawa Zarith berderai, terbahak-bahak sehingga mengeluarkan air mata.

“Knowing you, I know akak takkan fall in love dengan orang macam Aleph. Kalau tak, ramai dah adik-adik kat Cairo dulu tu jadi kekasih akak,” ketawa mereka pecah lagi. Menenggelamkan suasana bingit di kantin itu.

Iman tahu, Zarith hanya bergurau. Tapi, ada sisi kehidupan Iman yang berjaya disorok daripada Zarith.

Sisi gelap yang tak pernah dia kongsikan dengan sesiapa pun.

Komik Dr Muharikah: Survival

  • 978-983-2423-54-6
  • 100 muka surat
  • Diterbitkan pada April 2018

“Are you telling me that lepas kerja dua tahun kat UK, you tak ada savings langsung?” 

Everyone in the family knows, once the lion roars, you better keep quiet! 

Mak agak terkilan bila aku katakan duit gajiku – yang sekiranya ditukar kepada RM sepatutnya mencecah RM250,000 – semuanya lesap entah ke mana. Aku rasa loser. 

Aku mesti cari income. Jadi cikgu, atau…kerja Sushi King? 

No! I want to do something bigger! 

Bagaimana boleh aku keluar daripada kesempitan ini, sekali gus mencipta sesuatu yang luar biasa daripadanya?

Unshakeable: How to be Confident When You’re Nervous

  • 978-983-2423-58-4
  • 250 muka surat
  • Diterbitkan pada Ogos 2018

“Macam mana kalau saya terjatuh cinta kat dia?” ungkap Iman, serius.

Ketawa Zarith berderai, terbahak-bahak sehingga mengeluarkan air mata.

“Knowing you, I know akak takkan fall in love dengan orang macam Aleph. Kalau tak, ramai dah adik-adik kat Cairo dulu tu jadi kekasih akak,” ketawa mereka pecah lagi. Menenggelamkan suasana bingit di kantin itu.

Iman tahu, Zarith hanya bergurau. Tapi, ada sisi kehidupan Iman yang berjaya disorok daripada Zarith.

Sisi gelap yang tak pernah dia kongsikan dengan sesiapa pun.

Da’i Disruptor

  • 978-983-2423-59-1
  • 243 muka surat
  • Diterbitkan pada November 2018

“Jika anti merasakan bahawa tarbiah yang sekarang sepatutnya seperti dulu, anti silap. Anti akan rasa tertekan. Tapi jika anti melihat bahawa tarbiah itu harus evolve, seiring dengan kehidupan anti, anti akan rasa tarbiah itu lebih bermakna.”

“Usrah itu pada perasaan. Bukan sekadar pada content.”

Mutiara kata-kata murabbi kami menjirus deras pagi itu. Setiap butiran katanya ternyata berbekas. Kami benar-benar mendapat rejuvenasi semangat dakwah di pagi hari hujung minggu itu. Rata-rata yang hadir sudah berbelas dan puluhan tahun berada di jalan dakwah dan membawa usrah. Ternyata, menghidupkan dan memaknai usrah memerlukan usaha yang berterusan.

Kupasan mengenai usrah dan dakwah, semuanya terhimpun dalam buku terbaru keluaran Iman Publication, Dai Disruptor. Ditulis oleh Muharikah atau nama sebenar beliau Dr Nur Aisyah Zainordin, seorang Pakar Perubatan Dalaman dan juga JK Belia IKRAM Wangsa Maju.

Dudel Tarbiah: Kitab Grafik Tauhid Zindani Jilid 2

  • 978-983-2423-60-7
  • 156 muka surat
  • Diterbitkan pada November 2018

Ramai yang mengadu kesukaran untuk membawa tajuk Tauhid Zindani dalam halaqah masing-masing, selepas ini tiada alasan lagi! Buku ini bakal membawa revolusi baru dalam penyampaian tajuk Kitab Tauhid dalam halaqah.

Pernah baca Kitab Tauhid az-Zindani? Baca tak pernah habis? Rasa isi sangat bagus tapi kurang daya tarikan? Kalau boleh nak ada ilustrasi yang lebih menarik?

Sekarang tak perlu risau lagi. Kami bawakan kepada anda buku dudel ni. Dapat menyelesaikan semua masalah di atas.

Buku ini mengandungi dudel yang menarik berbentuk nota dan juga mind-map yang memudahkan isinya lebih mudah difahami. Turut disediakan ruang nota untuk ditulis semasa halaqah nanti! 

Dudel Tarbiah: Kitab Grafik Tauhid Zindani Jilid 3

  • 978-983-2423-61-4
  • 156 muka surat
  • Diterbitkan pada November 2018

Ramai yang mengadu kesukaran untuk membawa tajuk Tauhid Zindani dalam halaqah masing-masing, selepas ini tiada alasan lagi! Buku ini bakal membawa revolusi baru dalam penyampaian tajuk Kitab Tauhid dalam halaqah.

Pernah baca Kitab Tauhid az-Zindani? Baca tak pernah habis? Rasa isi sangat bagus tapi kurang daya tarikan? Kalau boleh nak ada ilustrasi yang lebih menarik?

Sekarang tak perlu risau lagi. Kami bawakan kepada anda buku dudel ni. Dapat menyelesaikan semua masalah di atas.

Buku ini mengandungi dudel yang menarik berbentuk nota dan juga mind-map yang memudahkan isinya lebih mudah difahami. Turut disediakan ruang nota untuk ditulis semasa halaqah nanti!