CERITA IMAN

IMAN bermula pada tahun 2012 sebagai sebuah kedai buku berjenamakan IMANSHOPPE. Setelah mendapat permintaan luar biasa daripada para peminat buku, IMAN mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah syarikat penerbitan buku – IMAN PUBLICATION setahun setelah itu.

IMAN yang pada awalnya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa, kini sudah disertai lebih daripada 15 orang.

Instagram

Follow Iman

Twitter

Tweet Kepada Iman

Youtube

Subscribe Iman TV

IMANSHOPPE –
SYURGA
KEDAI BUKU

Bertitik tolak dari satu unit kedai + pejabat di tingkat satu, IMANSHOPPE kini memiliki sebuah kedai buku tingkat bawah yang bukan sahaja menjadi tumpuan ramai, malah pernah pula muncul di dada akhbar dan televisyen.

Setiap bulan, pelbagai program dan wacana menarik diadakan di IMANSHOPPE bagi membincangkan isu-isu semasa yang hangat dalam masyarakat. Program sedemikian bukan sahaja meningkatkan engagement antara Iman dan para pembaca buku, tetapi turut menjadi platform untuk mendidik masyarakat dalam menilai setiap isu.

Selain daripada kedai fizikal, IMANSHOPPE juga mempunyai laman web untuk jualan buku secara atas talian.

Pada peringkat awal, IMAN Publication menerbitkan buku bergenre tarbiah dan penulisan anekdot. Setelah terbitnya buku Esc. oleh Budak Tomato dan Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah, Iman Publication berkembang pesat dan memfokuskan penerbitannya kepada buku berbentuk cerita berasaskan kisah benar (anekdot) dan juga fiksyen yang dirasakan dapat memberi impak moral yang lebih besar kepada pembaca.

Melalui gaya penulisan santai namun berkesan, buku-buku terbitan IMAN Publication telah tersebar ke seluruh Malaysia dan beberapa negara ASEAN lain seperti Singapura dan Brunei.

IMAN PUBLICATION – PENERBIT PILIHAN PEMBACA

ANUGERAH PENULIS IMAN

Buku Umum Terbaik Anugerah Buku Negara 2018, Kategori Travelog – Arkitek Jalanan, Teme Abdullah
Winner Best of MPH 2017, Kategori Melayu Bukan Fiksyen – Arkitek Jalanan, Teme Abdullah
Anugerah Emas Kulit Buku Cantik 2018 – Pelukis Jalanan, Teme Abdullah

Jika awak ingin turut sama mengembangkan sayap IMAN, boleh terus menyumbang karya luar biasa anda kepada kami. Hantar di sini.

2nd place Popular-The Star Readers’ Choice Award 2017 – Tales of Mothers
Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2017 – Pelukis Jalanan, Teme Abdullah

IMAN DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL)

IMAN mula memberanikan diri menapak di PBAKL pada tahun 2015. Antara pengalaman terindah di PBAKL adalah tatkala berjaya membawa Teme Abdullah bertemu para peminatnya pada tahun 2018. Pelbagai anugerah juga diterima Teme dan IMAN pada PBAKL tersebut.

SIAPAKAH KAK IMAN

Kak IMAN adalah salah seorang ahli pasukan IMAN, termasuk juga pengasas dan CEO yang menjadi tulang belakang kepada operasi IMAN. Anda bertemu Kak IMAN di media sosial, e-mel dan juga di kedai IMAN. Ya, Kak IMAN berada di mana-mana, paling penting dalam hati anda semua!

IMAN-TERBANG LEBIH TINGGI

IMAN sentiasa bermimpi untuk berbuat lebih baik dan terbang lebih tinggi dari hari ke hari. Kami sentiasa mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang luar biasa dan berbeza daripada orang lain. Kepuasan terbesar adalah apabila semakin ramai orang mendapat impak daripada apa yang kami lakukan.

Kukira doa itu punya sayap; hingga kita harus melepasnya pergi seusai dititipkan kepada Tuhan.

Melepasnya pergi sepenuh percaya – bahawa ia akan diselesaikan dengan cara terelok dan terindah. Barangkali sekarang, barangkali nanti.

Fatin Syamimi Liyana

CEO IMAN