fbpx

Pre Order Empayar 3 Bermula :

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Pre-Order tamat 22 mei 2022, 11.59 malam

FAQ

MAKLUMAT PRE ORDER EMPAYAR 3: HIKAYAT SAKA KETURUNAN RAJA

1. Bilakah tempoh pre order Empayar 3?

Pre order akan BERMULA pada 9.00 malam, 19 Mei 2022 dan TAMAT pada 11.59 malam, 22 Mei 2022.

2. Bagaimana cara untuk pre order Empayar 3?
  1. Pre order boleh dilakukan melalui laman web IMAN Shoppe: www.imanshoppe.com
3. Berapakah harga buku pre order Empayar 3?

Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja
Harga: RM 30*

* Harga buku tidak termasuk kos penghantaran. Anda boleh menyemak jumlah kos di ruangan Total semasa check out di website.

4. Bagaimana saya ingin dapatkan Book Badge?

Book Badge adalah TERHAD hanya kepada 9,000 pembeli terawal Empayar 3 sepanjang tempoh pre order.

5. Adakah Book Badge ini akan dijual selepas tamat pre order?

Book Badge Empayar 3 adalah hadiah eksklusif hanya bagi pelanggan yang menempah pre order Empayar 3 sahaja.

6. Adakah saya akan dapat percuma Book Badge Empayar 1 & 2 untuk pembelian Kombo Wilayah Empayar?

Tiada percuma Book Badge Empayar 1 & 2 untuk pembelian Kombo Wilayah Empayar, sekiranya anda ingin dapatkan Book Badge Empayar 1 & 2

7. Saya add to cart Pre Order Empayar 3 sebanyak 10 unit, kenapa saya tidak dapat check out di website?

Ini kerana pihak IMAN meletakkan limit sebanyak 5 unit sahaja untuk setiap pembelian di website bagi memastikan setiap pelanggan mendapat Book Badge secara adil.

8. Saya add to cart Kombo Book Badge sebanyak 12 unit, kenapa saya tidak dapat check out di website?

Ini kerana pihak IMAN meletakkan limit sebanyak 10 unit sahaja untuk setiap pembelian di website bagi memastikan setiap pelanggan mendapat Book Badge secara adil.

9. Adakah dibenarkan membuat tempahan buku-buku lain bersama Empayar 3

Ya, anda dibenarkan membuat tempahan buku-buku lain bersama Empayar 3

TEMPAHAN PRE ORDER

1. Bagaimanakah cara pembayaran pre order?

Ada dua cara transaksi pembayaran di website, iaitu:

  1. PayPal: pembayaran melalui Kad Kredit/Kad Debit
  2. ii) RazerPay: pembayaran melalui Online Banking (FPX) seperti Maybank2U, CIMBClick, Bank Islam, RHB, AmBank, Bank Rakyat, Bank Muamalat dan sebagainya.

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun online banking, anda boleh menghubungi Unit Khidmat Servis Pelanggan IMAN di talian 013-2875747 (Whatsapp).

2. Bagaimanakah cara untuk dapatkan pengesahan tempahan pre order?

Anda akan mendapat email pengesahan daripada IMAN Shoppe bersama nombor order (cth: #13****) selepas selesai proses pembayaran yang lengkap. No order ini penting untuk sebarang aduan dan semakan order anda.

3. Adakah dibenarkan untuk membatalkan tempahan yang telah berjaya?

Semua tempahan adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dibayar ganti. Anda tidak dibenarkan untuk membatalkan sebarang tempahan yang telah berjaya.

4. Adakah tempahan boleh diubah selepas tempahan berjaya dibuat?

Semua tempahan adalah MUKTAMAD dan tidak boleh diubah atau ditukar ganti. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

5. Adakah boleh saya menukar alamat selepas tempahan dibuat?

Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan dilayan dan kami akan proses mengikut kepada details yang anda berikan di website.

Perhatian:

  • Sebelum check out, semak segala details penghantaran (Nama, Alamat, Email dan No Telefon) yang anda beri adalah TEPAT dan LENGKAP.
  • Sila pastikan juga ada ahli keluarga/sahabat/staff di alamat premis atau kediaman anda untuk menerima parcel kerana jika tidak, barang anda akan dipulangkan semula ke premise IMAN Media Group.
6. Adakah pembayaran pre order boleh ditebus menggunakan e-Pemula?

Pembayaran pre order tidak boleh ditebus menggunakan e-Pemula. Hanya pembayaran melalui Billplz di website sahaja diterima.

7. Adakah pihak IMAN menyediakan kad ucapan atau servis pembungkusan hadiah untuk penerima?

Pihak IMAN tiada menyediakan kad ucapan atau servis pembungkusan hadiah untuk penerima.

DISKAUN KOD

1. Adakah saya boleh menggunakan diskaun kod RAYA untuk pre order Empayar 3?

Diskaun kod RAYA sudah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan untuk pre order Empayar 3

2. Adakah saya boleh menebus baucer IMAN Rewards/Membership untuk pre order Empayar 3?

Ya, anda boleh menebus baucer IMAN Rewards untuk pembelian pre order Empayar 3. Anda boleh masukkan kod diskaun semasa check out di website.

3. Adakah boleh saya menggunakan kesemua diskaun kod yang saya dapat dari email Kak IMAN?

Hanya satu diskaun kod sahaja boleh digunakan untuk satu pembelian di website.

PENGHANTARAN PARCEL

1. Berapakah kos penghantaran bagi setiap pembelian?Bilakah penghantaran pre order akan dilakukan?

Kos penghantaran tertakluk kepada jumlah pembelian yang telah generate oleh sistem. Anda boleh menyemak kos penghantaran semasa check out di website.

2. Bilakah penghantaran pre order akan dilakukan?

Penghantaran pre order bermula pada 1 Jun 2022 dan pihak IMAN akan membuat penghantaran secara berperingkat.

3. Adakah saya boleh memilih kurier untuk penghantaran?

Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN.

4. Berapa lamakah tempoh penghantaran?

Untuk penghantaran dalam Malaysia, parcel akan sampai dalam masa 3-7 hari bekerja ke Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 10-14 hari bekerja berikutan perintah kawalan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) (tidak termasuk Sabtu dan Ahad).

Penghantaran ke luar Malaysia akan mengambil masa 1-3 minggu untuk tiba ke destinasi. Kelewatan penghantaran dijangka berlaku kerana proses pengesahan dari pihak Kastam bagi sesetengah negara yang terlibat.

5. Bagaimana saya ingin track status parcel?

Tracking nombor akan diberikan melalui SMS dan email setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN. Anda boleh mula menyemak status parcel dalam masa 48 jam selepas anda menerima notifikasi dari Iman Shoppe dan Easyparcel.

Destinasi: Semenjung Malaysia

Kurier: J&T Express (https://www.jtexpress.my/track.php)

 

Destinasi: Sabah dan Sarawak

Kurier: Pos Laju Malaysia (https://www.pos.com.my/)

 

Destinasi: Luar Negara

Kurier:

1. City Link (https://www.tracking.my/citylink)

2. TNT (https://www.tnt.com/express/en_us/site/tracking.html)

3. FedEx (https://www.fedex.com/en-my/tracking.html)

6. Adakah saya boleh self pick up parcel pre order?

Semua parcel pre order akan diposkan melalui sistem kurier dan tidak dibuka untuk self pick up di IMAN Media Group, Kajang.

7. Kenapa saya tidak menerima parcel lagi sedangkan saya membuat order awal pada hari pertama pre order?

Proses penghantaran pre order dilakukan secara berperingkat dan sistematik. Proses akan dimulakan dengan penghantaran dalam Malaysia kemudian ke luar negara. Kami akan dahulukan proses single set pre order diikuti dengan pengeposan order buku pre order bersama buku-buku yang lain.

POLISI KEROSAKAN/KEHILANGAN PARCEL

1. Bagaimana sekiranya saya menerima item yang rosak/salah dari pihak IMAN?

Berkenaan perkara di atas, anda perlu membuat report aduan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN dalam masa 24 jam selepas anda menerima parcel.

Pihak IMAN tidak akan memproses penghantaran buku yang baru sekiranya anda gagal untuk menghantar report dalam masa 24 jam.

2. Bagaimana jika saya tidak menerima sebarang parcel dalam tempoh yang telah ditetapkan?

Sekiranya berlaku kelewatan atau kehilangan parcel selama 7 hari bekerja dari tempoh penghantaran, anda boleh terus berhubung dengan Unit Khidmat Pelanggan IMAN

3. Sekiranya parcel tidak dituntut, adakah pihak IMAN akan menghantar semula parcel?

Ya, kami akan menghantar semula parcel yang tidak dituntut kepada pelanggan dengan syarat pelanggan haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

Pihak IMAN tidak akan melayani sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak selepas sebulan parcel diterima tanpa bantahan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email [email protected] atau hubungi kami di talian 013-2875747.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email [email protected] atau whatsapp no tel 013-2875747

Lengkapkan koleksi buku Teme Abdullah

Masukkan emel untuk langgan Newsletter IMAN

All Rights Reserved © IMAN Publication Sdn Bhd 2022