< Kembali

FAQ
MAKLUMAT PRE ORDER KAPAL TERAKHIR DI DUNIA EPISOD III
1. Bilakah tempoh pre order Kapal Terakhir Di Dunia Episod III?
Pre order akan BERMULA pada 9.00 pagi, 24 Julai 2021 dan TAMAT pada 11.59 malam, 28 Julai 2021.
2. Bagaimana cara untuk pre order Kapal Terakhir Di Dunia Episod III?Di Dunia?
- Pre order boleh dilakukan melalui laman web IMAN Shoppe, Kapal Terakhir Di Dunia Episod III:
3. Berapakah harga buku pre order Kapal Terakhir Di Dunia?
Kapal Terakhir Di Dunia Episod III: RM30
Kombo Kapal Terakhir Di Dunia Episod I, II & III: RM90
* Harga buku tidak termasuk kos penghantaran. Anda boleh menyemak jumlah kos di ruangan Total semasa check out di website.
4. Bagaimana saya ingin dapatkan Book Badge?
Book Badge Kapal Terakhir Di Dunia adalah TERHAD hanya kepada 9,000 pembeli terawal Kapal Terakhir Di Dunia Episod III dan Kombo Kapal Terakhir Di Dunia sahaja.
5. Jika saya membeli dua buah Kapal Terakhir Di Dunia Episod III, adakah saya akan menerima dua Book Badge?
Ya, anda layak menerima dua Book Badge sekiranya anda adalah antara 9,000 pembeli terawal Kapal Terakhir Di Dunia Episod III (pembelian senaskhah atau kombo).
6. Jika saya membeli dua naskhah Kapal Terakhir Di Dunia III atau dua set Kombo Kapal Terakhir Di Dunia, adakah saya akan menerima dua Book Badge yang berbeza design?
Design Book Badge akan diberikan secara rawak dan tidak boleh dipilih.
7. Adakah Book Badge ini akan dijual selepas tamat pre order?
Buat masa ini, Book Badge ini adalah hadiah eksklusif hanya bagi pelanggan yang menempah pre order Kapal Terakhir Di Dunia sahaja.
TEMPAHAN PRE ORDER
1. Bagaimanakah cara pembayaran pre order?
Ada dua cara transaksi pembayaran di website, iaitu:
- PayPal: pembayaran melalui Kad Kredit/Kad Debit sahaja
- ii) Billplz:pembayaran melalui Online Banking (FPX) seperti Maybank2U, CIMBClick, Bank Islam, RHB, AmBank, Bank Rakyat, Bank Muamalat dan sebagainya.
iii) E-Wallet: GrabPay, Touch’N Go, Boost
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun online banking, anda boleh hubungi Unit Khidmat Pelanggan IMAN di talian 013-2875747 (Whatsapp/Call).
2. Bagaimanakah cara untuk dapatkan pengesahan tempahan pre order?
Anda akan mendapat email pengesahan daripada Iman Shoppe bersama nombor order (cth: #108***) selepas selesai proses pembayaran yang lengkap. No order ini penting untuk sebarang aduan dan semakan order anda.
3. Adakah dibenarkan untuk membatalkan tempahan yang telah berjaya?
Semua tempahan adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dibayar ganti. Anda tidak dibenarkan untuk membatalkan sebarang tempahan yang telah berjaya.
4. Adakah boleh saya menukar alamat selepas tempahan dibuat?
Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan dilayan dan kami akan proses mengikut kepada details yang anda berikan di website.
Perhatian:
- Sebelum check out, semak segala details penghantaran (Nama, Alamat, Email dan No Telefon) yang anda beri adalah TEPAT dan LENGKAP.
- Sila pastikan juga ada ahli keluarga/sahabat/staff di alamat premis atau kediaman anda untuk menerima parcel kerana jika tidak, barang anda akan dipulangkan semula ke pihak IMAN.
5. Adakah pihak IMAN menyediakan kad ucapan atau servis pembungkusan hadiah untuk penerima?
Pihak IMAN tiada menyediakan kad ucapan atau servis pembungkusan hadiah untuk penerima/pelanggan.
6. Adakah tempahan boleh diubah setelah tempahan berjaya dibuat di website?
Semua tempahan adalah MUKTAMAD dan tidak boleh diubah atau ditukar ganti. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.
PENGHANTARAN PARCEL
1. Berapakah kos penghantaran bagi setiap pembelian?Bilakah penghantaran pre order akan dilakukan?
Kos penghantaran tertakluk kepada jumlah pembelian yang telah generate oleh sistem. Anda boleh menyemak kos penghantaran semasa check out di website.
2. Bilakah penghantaran pre order akan dilakukan?
Penghantaran pre order bermula pada 2hb Ogos 2021 dan pihak IMAN menjangka akan berlaku kelewatan penghantaran sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
3. Adakah saya boleh memilih kurier untuk penghantaran?
Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali untuk Sabah Sarawak dan Luar Negara.
4. Berapa lamakah tempoh penghantaran?
Untuk penghantaran dalam Malaysia, parcel akan sampai dalam masa 3-7 hari bekerja ke Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 10-14 hari bekerja berikutan perintah kawalan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) (tidak termasuk Sabtu dan Ahad).
Penghantaran ke luar Malaysia akan mengambil masa 1-3 minggu untuk tiba ke destinasi. Kelewatan penghantaran dijangka berlaku kerana proses pengesahan dari pihak Kastam bagi sesetengah negara yang terlibat.
5. Bagaimana saya ingin track status parcel?
Tracking nombor akan diberikan melalui SMS dan email setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN. Anda boleh mula menyemak status parcel dalam masa 48 jam selepas anda menerima notifikasi dari IMAN Shoppe dan Easyparcel.
Destinasi: Semenjung Malaysia
Kurier: J&T Express (https://www.jtexpress.my/track.php)
Destinasi: Sabah dan Sarawak
Kurier: Pos Laju Malaysia (https://www.pos.com.my/)
Destinasi: Luar Negara
Kurier:
1. City Link (https://www.tracking.my/citylink)
2. TNT (https://www.tnt.com/express/en_us/site/tracking.html)
3. FedEx (https://www.fedex.com/en-my/tracking.html)
6. Kenapa saya tidak menerima parcel lagi sedangkan saya membuat order awal pada hari pertama pre order?
Proses penghantaran pre order dilakukan secara berperingkat dan sistematik. Proses akan dimulakan dengan penghantaran dalam Malaysia kemudian ke luar negara. Kami akan dahulukan proses single set pre order diikuti dengan pengeposan order buku pre order bersama buku-buku yang lain.
POLISI KEROSAKAN /KEHILANGAN PARCEL
1. Bagaimana sekiranya saya menerima item yang rosak/salah dari pihak IMAN?
Berkenaan perkara di atas, anda perlu membuat report aduan kepada pihak kurier dan Unit Khidmat Pelanggan IMAN dalam masa 24 jam selepas anda menerima parcel.
Pihak IMAN tidak akan memproses penghantaran buku yang baru sekiranya anda gagal untuk menghantar report dalam masa 24 jam kepada pihak kurier.
2. Bagaimana jika saya tidak menerima sebarang parcel dalam tempoh yang telah ditetapkan?
Sekiranya berlaku kelewatan atau kehilangan parcel selama 7 hari bekerja dari tempoh penghantaran, anda boleh terus berhubung dengan Unit Khidmat Pelanggan IMAN
3. Sekiranya parcel tidak dituntut, adakah pihak IMAN akan menghantar semula parcel?
Ya, kami akan menghantar semula parcel yang tidak dituntut kepada pelanggan dengan syarat pelanggan haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.
Pihak IMAN tidak akan melayani sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak selepas sebulan parcel diterima tanpa bantahan.
PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email [email protected] atau Whatsapp 013-287 5747.
Masukkan emel untuk langgan ‘newsletter’ IMAN
Masukkan emel untuk langgan ‘newsletter’ IMAN


IMAN adalah syarikat penerbitan buku yang telah menerbitkan lebih dari 90+ judul dalam tempoh 8 tahun dan telah sampai kepada pembaca dari seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, United Kingdom, Jepun dan banyak lagi. Buku fiksyen dan bukan fiksyen kami merangkumi subjek seperti kerohanian, pengembangan diri, hubungan sesama manusia – segala sesuatu dengan nilai-nilai baik dan positif yang perlu disebarkan. Baca lebih lanjut