FAQ KOMIK GAZA MINI 7
SAAT BERMULANYA LANGKAH MELINDUNGI PALESTIN
16 – 19 September 2021
MAKLUMAT KOMIK
1. Bagaimana cara untuk menempah Komik Gaza Mini 7?
Tempahan boleh dilakukan melalui laman web Komik Gaza Mini 7, https://www.imanpublication.com/komikgaza
2. Bilakah Komik Gaza Mini 7 mula dijual?
Komik Gaza Mini 7 dijual bermula pada 13 September 2021 di laman web IMAN Shoppe.
3. Berapakah harga Komik Gaza Mini 7?
Tajuk buku | Penulis | Genre | Harga* |
Komik Gaza Mini 7: Saat Bermulanya Langkah Melindungi Palestin |
IF Moses | Komik | RM15 |
* Harga buku tidak termasuk kos penghantaran. Anda boleh menyemak kos penghantaran di ruangan Total semasa check out di laman web.
4. Adakah tempahan Komik Gaza Mini 7 dilakukan secara pre order?
Komik Gaza Mini 7 boleh didapati secara ready stok di laman web, bukan melalui tempahan pre order.
TEMPAHAN
1. Bagaimana cara untuk menempah Komik Gaza Mini 7?
Tempahan boleh dilakukan melalui laman web Komik Gaza Mini 7, https://www.imanpublication.com/komikgaza
2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pengesahan tempahan?
Anda akan mendapat email pengesahan daripada IMAN Shoppe bersama Order No. (cth: #122***) selepas selesai proses pembayaran yang lengkap. Order No. ini penting untuk sebarang aduan dan semakan tempahan.
3. Adakah dibenarkan untuk membatalkan tempahan yang telah berjaya?
Semua tempahan yang telah berjaya adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dibayar ganti.
4. Adakah tempahan boleh diubah setelah tempahan berjaya dibuat di laman web?
Semua tempahan adalah MUKTAMAD dan tidak boleh diubah atau ditukar ganti. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di laman web dan kami akan pos tempahan tersebut secara berasingan.
5. Adakah boleh saya menukar alamat selepas tempahan dibuat?
Butiran alamat selepas pembelian adalah MUKTAMAD dan pihak IMAN akan proses tempahan mengikut butiran yang telah diberikan.
Perhatian:
- Sebelum check out, mohon semak segala butiran penghantaran (Nama, Alamat, Email dan No Telefon) yang didaftarkan adalah TEPAT dan LENGKAP.
- Sila pastikan juga ada ahli keluarga/sahabat/staff di alamat premis atau kediaman anda untuk menerima parcel bagi mengelakkan tempahan anda dipulangkan semula kepada pihak IMAN oleh kurier.
6. Adakah pihak IMAN menyediakan kad ucapan atau servis pembungkusan hadiah untuk penerima?
Pihak IMAN tiada menyediakan kad ucapan atau servis pembungkusan hadiah untuk penerima/pelanggan.
PENGHANTARAN PARCEL
1. Berapakah kos penghantaran bagi setiap pembelian?
Kos penghantaran tertakluk kepada jumlah berat pembelian yang telah ditetapkan dalam sistem. Anda boleh menyemak kos penghantaran di ruangan Total semasa check out di laman web.
2. Bilakah penghantaran parcel akan dilakukan?
Penghantaran parcel dilakukan semasa hari bekerja Isnin hingga Jumaat tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am mengikut Order No. Pihak IMAN menjangka akan berlaku kelewatan penghantaran sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
3. Adakah saya boleh memilih kurier untuk penghantaran?
Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali untuk Sabah Sarawak dan Luar Negara.
4. Berapa lamakah tempoh penghantaran?
Untuk penghantaran dalam Malaysia, parcel dijangka tiba dalam masa 3-5 hari bekerja ke Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 10-14 hari bekerja berikutan perintah kawalan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Am).
Penghantaran ke luar Malaysia akan mengambil masa 2-3 minggu untuk tiba ke destinasi. Kelewatan penghantaran dijangka berlaku kerana proses pengesahan dari pihak Penguatkuasaan Kastam bagi sesetengah negara yang terlibat.
5. Bagaimana saya ingin track status parcel?
Tracking number akan diberikan melalui SMS dan email setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.
Anda boleh mula menyemak status parcel dalam masa 48 jam selepas anda menerima notifikasi daripada IMAN Shoppe dan Easyparcel.
Destinasi: Semenjung Malaysia
Kurier: J&T Express (https://www.jtexpress.my/track.php)
Destinasi: Sabah dan Sarawak
Kurier: Pos Laju Malaysia (https://www.pos.com.my/)
Destinasi: Luar Negara
Kurier:
1. City Link (https://www.tracking.my/citylink)
2. TNT (https://www.tnt.com/express/en_us/site/tracking.html)
3. FedEx (https://www.fedex.com/en-my/tracking.html)
POLISI KEROSAKAN/KEHILANGAN PARCEL
1. Bagaimana sekiranya saya menerima item yang rosak/salah dari pihak IMAN?
Berkenaan perkara di atas, anda perlu membuat laporan aduan kepada pihak kurier dan Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini dalam masa 24 jam selepas anda menerima parcel.
Pihak IMAN tidak akan memproses penghantaran buku yang baru sekiranya anda gagal untuk menghantar report dalam masa 24 jam kepada pihak kurier.
2. Bagaimana jika saya tidak menerima sebarang parcel dalam tempoh yang telah ditetapkan?
Sekiranya berlaku kelewatan atau kehilangan parcel selama 7 hari bekerja dari tempoh penghantaran, anda boleh terus berhubung dengan Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini.
3. Sekiranya parcel tidak dituntut, adakah pihak IMAN akan menghantar semula parcel?
Ya, kami akan menghantar semula parcel yang tidak dituntut kepada pelanggan dan kos penghantaran semula dibiaya oleh pelanggan sendiri dalam tempoh masa sebulan.
Pihak IMAN tidak akan melayani sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak selepas sebulan parcel diterima tanpa bantahan.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan update terkini tentang buku-buku dan promosi di IMAN!
Jangan ketinggalan untuk dapatkan update terkini tentang buku-buku dan promosi di IMAN!


IMAN adalah syarikat penerbitan buku yang telah menerbitkan lebih dari 90+ judul dalam tempoh 8 tahun dan telah sampai kepada pembaca dari seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, United Kingdom, Jepun dan banyak lagi. Buku fiksyen dan bukan fiksyen kami merangkumi subjek seperti kerohanian, pengembangan diri, hubungan sesama manusia – segala sesuatu dengan nilai-nilai baik dan positif yang perlu disebarkan. Baca lebih lanjut