Alhamdulillah! Tahun ini, dua buku terbitan Iman Publication berjaya memasuki saringan terakhir POPULAR – The Star Reader’s Choice Awards 2019 & POPULAR – BH Anugerah Pilihan Pembaca 2019!

 

Pada awal tahun 2019, kedua-dua buku ini juga tersenarai dalam MPH Best of 2019. Kali ini di POPULAR pula. Alhamdulillah, gembiranya Kak Iman.

Ini adalah petanda Kak Iman bersama tim serta para penulis IMAN perlu berusaha lebih lagi untuk memberikan yang terbaik kepada pembaca-pembaca di Malaysia.

Agak-agak buku apa ya? Hehe..Tahniah buat Norhafsah Hamid dan Teme Abdullah untuk kejayaan buku Letters to God dan Impian Jalanan!

Letters to God dicalonkan Popular – The Star Reader’s Choice Award, manakala Impian Jalanan dicalonkan untuk Popular – BH Anugerah Pilihan Pembaca.

Buat yang belum pernah tahu atau baca kedua-dua buku ini, mari Kak Iman kongsikan buku-buku ini tentang apa.

 

LETTERS TO GOD BY NORHAFSAH HAMID

Sebuah novel dalam Bahasa Inggeris. Cerita tentang seorang gadis introvert bernama Sarah yang menulis surat, seperti diari menceritakan kehidupannya sehari-hari.

Siapa yang dia jumpa dan apa yang dia lalui saban hari. Latar belakang masa adalah ketika Sarah menyambung pengajiannya di luar negara & berjauhan dengan keluarga.

Yang menarik dan mendapat pujian ramai adalah apabila di setiap akhir surat dia meletakkan hadis atau ayat al-Quran yang berkaitan apa yang ditulisnya untuk memujuk dirinya.

Buku ini memberi inspirasi kepada kita bagaimana untuk melalui hari-hari mendatang. Berdialog dengan Tuhan melalui doa dan al-Qur’an.

 

IMPIAN JALANAN OLEH TEME ABDULLAH

Buku ini merupakan buku ketiga dalam #Sirijalanan oleh Teme Abdullah. Buku Impian jalanan ini berlatar belakangkan watak Iskandar yang sudah menempuh alam pekerjaan.

Mendapat segala yang telah diimpikan dan apa yang didefinisikan masyarakat sebagai berjaya, iaitu harta yang banyak, berjaya dalam pekerjaan dan pelajaran. Namun, rasa kekosongan, tidak tenang dan tak bahagia masih kunjung tiba.

Seperti dua buku dalam #sirijalanan sebelum ini iaitu Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan, tema yang diangkat masih lebih kurang sama iaitu tentang mengatasi kekurangan diri dan terus optimis mengejar cita-cita. Cuma istimewanya dalam buku ini, penulis banyak merungkai tentang bahagia dan syukur.

Bergenre bukan-fiksyen (anekdot), cerita dalam novel ini digarap dengan sangat menarik dan mengujakan. Kak Iman sendiri rasa tertawa, menangis dan teruja sepanjang membaca buku ini.

Sekian berita gembira daripada Kak Iman. Buat kawan-kawan yang nak dapatkan dua buku menarik ini, boleh dapatkan di mana-mana kedai POPULAR berhampiran anda. Sekarang ada potongan sehingga 20% untuk dua-dua buku ini.

Oh lagi satu. Kak Iman nak minta tolong ni. Buat kalian yang percaya kedua-dua buku ini memberi konten yang baik buat masyarakat, mohon vote dengan link yang Kak Iman sertakan ya.

Jom sama-sama vote! Supaya lebih ramai orang tahu tentang dua-dua buku ini dan memberi inspirasi serta manfaat buat mereka. Terima kasih!