fbpx

“ADA YANG PERLU DIKORBANKAN, UNTUK TERUS HIDUP”

SINOPSIS

Bokor, nama kapal besi yang dicipta oleh manusia sebagai persediaan menghadapi bencana hujan tahi bintang yang bakal menghentam bumi.

Bencana yang memusnahkan hampir keseluruhan bumi dan isinya. Tsunami yang terhasil telah menenggelamkan bandar-bandar utama. Debu-debu ledakan tahi bintang memenuhi atmosfera sehingga menutup cahaya dan haba matahari daripada tembus. Suhu bumi turun mendadak. Virus-virus baru muncul dan bermutasi.

Menjadikan bumi bukan lagi sebuah planet yang ideal sebagai habitat. Hanya hidupan yang kuat pertahanannya sahaja yang masih tidak pupus.

Manusia yang bertarung dengan kepupusan masih berlindung di dalam Bokor ciptaan mereka 571 tahun dahulu. Terapung di tengah-tengah lautan dalam. 

Terasing daripada ancaman jangkitan dari dunia luar lebih-lebih lagi virus yang akan menukarkan mereka menjadi mugor: spesis manusia yang sudah bermutasi sehingga hilang sifat kemanusiaannya. Menjadi ganas, kebinatangan, dan memburu manusia lain. Mugor hidup bebas di muka bumi.

Walaupun berlindung di Bokor dan terpisah daripada bahaya luar, majoriti manusia di Bokor telah dijangkiti penyakit yang masih belum boleh dipulihkan secara keseluruhannya.

Masih tidak kecukupan penawar walaupun sudah ratusan tahun berlalu sejak malapetaka. Manusia-manusia yang dijangkiti dikuarantin ke dalam tiga sektor berbeza di dalam Bokor mengikut jenis penyakit masing-masing; sektor biru, sektor kuning dann sektor hijau.

Ini kisah Aria. Remaja belasan tahun dari Sektor Biru yang berusaha untuk menyembuhkan penyakit adiknya yang lebih dahsyat berbanding dengan manusia yang lain di sektornya.

TRAILER KAPAL TERAKHIR DI DUNIA

TEME ABDULLAH

Architecture  |  Artist, Author  |  temeabdullah.com

Teme Abdullah adalah nama pena beliau. Nama tersebut digunakan sebagai merahsiakan identiti sebenar beliau. Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 2008 lagi. Bermula daripada penulisan blog, Teme berkongsi komik dan doodle yang dilukis beliau sehinggalah hari ini Teme telah menghasilkan 10 buah buku termasuk novel terbarunya, Kapal Terakhir Di Dunia.

Nama Teme dalam dunia perbukuan tidak asing lagi bermula dari karya pertama beliau iaitu Pelukis Jalanan. Beliau telah berkongsi suka duka, jerit payah pengalaman belajar jauh dari tanah air dan keluarga iaitu di London melalui penceritaan yang menarik. Teme ingin membuktikan ‘orang melukis’ juga boleh pergi jauh dan berjaya dalam hidup.

Tidak terhenti di situ, Teme terus menginspirasikan lebih ramai anak muda dengan penghasilan buku-buku seterusnya. Menceritakan pengalaman beliau dalam meneruskan cita-cita menjadi arkitek dan manusia yang bermanfaat kepada ramai orang.

KAPAL TERAKHIR DI DUNIA

KAPAL TERAKHIR DI DUNIA EPISOD I

RM30

KAPAL TERAKHIR DI DUNIA EPISOD II

RM30

REVIU PENULISAN TEME

Hey. Its kinda addicted here. My soul seriously need to be feed with this. Habis satu helaian tak sabau nak explore helaian seterusnya. No wonder karya Teme selalu diiktiraf! Beautiful masterpiece, Teme! This is so good, Teme. 

#PelukisJalanan #TemeAbdullah

Husnul Laili

Your books was so incredible.. You bring me into another world that i can imagine myself in being character.

#pelukisjalanan #mimpijalanan #arkitekjalanan #temeabdullah

Nabil Zainuddin

Pelanggan email kami sentiasa menjadi yang terawal untuk dapatkan info buku terbaru Teme Abdullah. Isi butiran anda di bawah untuk sertai mereka.