fbpx

Apabila kebenaran tersingkap, manusia akan bangkit berjuang.

Siri Akhir Yang Menjawab Persoalan Anda!

Apabila kebenaran tersingkap, manusia akan bangkit berjuang.

Siri Akhir Yang Menjawab Persoalan Anda!

Adakah matahari sudah kembali terang seperti dulu?

Setelah melalui pelbagai keperitan di Aras Lantai, Aria dinaikkan ke Aras Atas dan diiktiraf sebagai Manusia Suci – suatu anugerah bagi yang menyumbang bakti demi Bokor. Layanan yang diterima cukup istimewa, tetapi Aria merasakan segala-galanya serba tidak kena.

Satu per satu persoalan timbul di benaknya, sehinggalah Aria ditunjukkan kebenaran melebihi apa yang dia pernah bayangkan. Semua kesenangan yang dinikmati Manusia Suci selama ini adalah hasil penderitaan orang-orang sepertinya!

Adakah kesetiaan Aria kepada Bokor akan terus memalingkannya daripada kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh?

“Kosongkan minda… Buang semua andaian kau selama ini tentang Aras Atas. Perkara yang bakal kau lihat, tidak pernah kau lihat sebelum ini. Perkara yang kau faham, tidak seperti yang kau anggap…”

Temui jawapannya dalam Kapal Terakhir Di Dunia (KTDD) Episod III!

Pilihan ‘Single’ Atau Kombo

#KapalTerakhir
Episod III

RM30.00

  • 1 Naskhah KTDD Episod III

Dapatkan Episod III

Kombo
#KapalTerakhir

RM90.00

  • 1 Naskhah KTDD Episod I
  • 1 Naskhah KTDD Episod II
  • 1 Naskhah KTDD Episod III

Dapatkan Kombo

Belum baca

Episod I & II?

Episod I

Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing — termasuklah Aria dan adiknya.

Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.

Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor – iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiaannya.

“Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria.”

Episod II

Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor akan turut lumpuh.

Itulah yang sedang dialami Bokor – kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor lain mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.

Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Dan Aria pula dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah.

Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa.

Dapatkan Kombo #KapalTerakhir

RM90.00

Sebuah siri fiksyen distopia yang akan membuatkan anda sukar berhenti membaca dan terfikir-fikir apakah mesej yang tersirat.

Sebuah siri fiksyen distopia yang bakal membuat anda takkan berhenti membaca dan berfikir mesej tersirat disebaliknya.

Dapatkan Kombo #KapalTerakhir

RM90.00

Book Trailer #KapalTerakhir

Siapakah Teme Abdullah?

Ikuti media sosial beliau

Teme Abdullah adalah nama pena beliau. Nama tersebut digunakan sebagai merahsiakan identiti sebenar beliau. Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 2008 lagi. Bermula daripada penulisan blog, Teme berkongsi komik dan doodle yang dilukis beliau sehinggalah hari ini Teme telah menghasilkan 10 buah buku termasuk novel terbarunya, Kapal Terakhir Di Dunia.

Nama Teme dalam dunia perbukuan tidak asing lagi bermula dari karya pertama beliau iaitu Pelukis Jalanan. Beliau telah berkongsi suka duka, jerit payah pengalaman belajar jauh dari tanah air dan keluarga iaitu di London melalui penceritaan yang menarik. Teme ingin membuktikan ‘orang melukis’ juga boleh pergi jauh dan berjaya dalam hidup.

Tidak terhenti di situ, Teme terus menginspirasikan lebih ramai anak muda dengan penghasilan buku-buku seterusnya. Menceritakan pengalaman beliau dalam meneruskan cita-cita menjadi arkitek dan manusia yang bermanfaat kepada ramai orang.

X

Isi masa lapang di rumah dengan bahan bacaan yang bermanfaat!

Dapatkan buku motivasi, novel, kerohanian dan banyak lagi di laman web IMAN

Lengkapkan koleksi buku

Teme Abdullah

Masukkan emel untuk langgan ‘newsletter’ IMAN

Masukkan emel untuk langgan ‘newsletter’ IMAN

IMAN adalah syarikat penerbitan buku yang telah menerbitkan lebih dari 90+ judul dalam tempoh 8 tahun dan telah sampai kepada pembaca dari seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, United Kingdom, Jepun dan banyak lagi. Buku fiksyen dan bukan fiksyen kami merangkumi subjek seperti kerohanian, pengembangan diri, hubungan sesama manusia – segala sesuatu dengan nilai-nilai baik dan positif yang perlu disebarkan. Baca lebih lanjut
Copyright © 2021 IMAN Publication Sdn. Bhd is a subsidiary of IMAN MEDIA GROUP SDN. BHD. All rights reserved.