DI SINI IMAN BERMULA

KISAH IMAN

IMAN bermula pada tahun 2012 sebagai sebuah kedai buku berjenamakan Imanshoppe. Setelah mendapat permintaan luar biasa daripada para peminat buku, IMAN mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah syarikat penerbitan buku – Iman Publication setahun setelah itu.

IMAN yang pada awalnya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa, kini sudah disertai lebih daripada 30 orang.

Buku Terbitan Iman

Pengikut Di Instagram

Staf di IMAN

Pengikut di Facebook

IMANSHOPPE –
SYURGA PEMBACA BUKU

 

Bertitik tolak dari satu unit kedai + pejabat di tingkat satu, Imanshoppe kini memiliki sebuah kedai buku tingkat bawah yang bukan sahaja menjadi tumpuan ramai, malah pernah pula muncul di dada akhbar dan televisyen.

Setiap bulan, pelbagai program dan wacana menarik diadakan di Imanshoppe bagi membincangkan isu-isu semasa yang hangat dalam masyarakat. Program sedemikian bukan sahaja meningkatkan engagement antara Iman dan para pembaca buku, tetapi turut menjadi platform untuk mendidik masyarakat dalam menilai setiap isu.

Selain daripada kedai fizikal, Imanshoppe juga mempunyai laman web untuk jualan buku secara atas talian.

Dan alhamdulillah, pada tahun 2018, webiste Imanshoppe telah memenangi anugerah “The Public’s Favourite Website Award ( E-commerce Category)” anjuran Malaysia Website Award

 

IMAN PUBLICATION – PENERBIT PILIHAN PEMBACA

Pada peringkat awal, Iman Publication menerbitkan buku bergenre tarbiah dan penulisan anekdot. Setelah terbitnya buku Esc. oleh Budak Tomato dan Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah, Iman Publication berkembang pesat dan memfokuskan penerbitannya kepada buku berbentuk cerita berasaskan kisah benar (anekdot) dan juga fiksyen yang dirasakan dapat memberi impak moral yang lebih besar kepada pembaca.

Melalui gaya penulisan santai namun berkesan, buku-buku terbitan Iman Publication telah tersebar ke seluruh Malaysia dan beberapa negara Asean lain seperti Singapura dan Brunei.

IMAN Publication Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2013  dengan kepercayaan bahawa masyarakat akan kembali minat membaca, sebaik sahaja mereka menjumpai buku yang mereka sukai. Disebabkan itu, kami mengambil berat dalam menghasilkan buku yang berkualiti dari semua aspek; bermula daripada pembinaan manuskrip perkataan demi perkataan, sehinggalah kepada perancangan strategi untuk mencapai dan menyantuni pembaca menerusi penglibatan dan interaksi bersama penulis.

Kami telah menerbitkan lebih 70 tajuk sejak 2013. Antara genre yang diterbitkan ialah Islam & Kerohanian, novel fiksyen, siri komik dan buku pembinaan diri. Topik-topik yang dikupas pula adalah seperti anekdot dan kisah kehidupan, pengembaraan luar negara, agama, sejarah, kemanusiaan, hubungan kekeluargaan dan keibubapaan, motivasi dan peningkatan diri topik yang secara dasarnya membawa nilai-nilai yang baik dan positif yang wajar disebarkan.

Kerana akhirnya, penulis bukanlah sesiapa pun tanpa pembacanya, dan sesebuah buku itu tidak akan mampu membawa impak yang diharapkan jika tidak ada sesiapa yang membacanya.

Kami berusaha membawakan kandungan yang relevan dan bermanfaat buat para pembaca. Kami memilih hanya kandungan yang terbaik dalam misi memperluaskan perspektif dan pemahaman setiap pembaca IMAN.

Kerana anda penting dan bermakna buat kami.

IMAN DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL)

IMAN mula memberanikan diri menapak di PBAKL pada tahun 2015. Antara pengalaman terindah di PBAKL adalah tatkala berjaya membawa Teme Abdullah bertemu para peminatnya pada tahun 2018. Pelbagai anugerah juga diterima Teme dan IMAN pada PBAKL tersebut.

IMAN sentiasa bermimpi untuk berbuat lebih baik dan terbang lebih tinggi dari hari ke hari. Kami sentiasa mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang luar biasa dan berbeza daripada orang lain. Kepuasan terbesar adalah apabila semakin ramai orang mendapat impak daripada apa yang kami lakukan.

ANUGERAH-ANUGERAH BUKU IMAN

Anugerah Emas Kulit Buku Cantik PBAKL 2018: Pelukis Jalanan

Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2017: Pelukis Jalanan

Best Malay Non – Fiction (Best of MPH 2017):
Pelukis Jalanan

2nd place Popular-The Star Readers’ Choice Award 2017: Tales of Mothers

Winner Best of MPH 2018, Kategori Melayu Bukan Fiksyen: Arkitek Jalanan

Buku Umum Terbaik Anugerah Buku Negara 2018, Kategori Travelog: Arkitek Jalanan

Terbaik Kategori Umum (Anugerah Buku Negara 2019): Detour

Winner Best Of MPH 2018: Letters To God

Anugerah Buku Negara Terbaik Novel Inggeris 2018: Letters To God

2nd place Fiction Popular-The Star Readers’ Choice Award 2018: Letters To God

Best Malay Non-Fiction (Best of MPH 2018): 
Impian Jalanan

 

FATIN SYAMIMY LIYANA, CEO IMAN

“Saya sedar yang ‘passion’ mencintai buku sahaja tidak cukup. ‘Passion’ itu boleh sahaja naik dan turun. Lalu apabila dia surut, apa yang menolak kita untuk terus berbuat? Itulah ‘purpose’.
Semakin besar ‘purpose’, semakin besar kekuatan kita untuk keluar dari masalah. Semakin kita percaya kerja kita ini memberi impak positif kepada orang ramai (terutamanya anda!) semakin berani kita melompat keluar dari zon selesa.
IMAN pada hari ini berdiri atas asas ini. ‘Passion’ yang memulakan, ‘purpose’ yang meneguhkan, dan ‘kegilaan’ yang sentiasa menolak IMAN ke hadapan.”