
KOLEKSI
TEME ABDULLAH

SIRI JALANAN
Siri Jalanan merupakan karya terawal Teme Abdullah. Ia menceritakan tentang perjalanan beliau sebagai seorang pelajar dalam memburu cita-cita dan impiannya.
Pelbagai kisah yang dikongsi dari kegagalan, keputusan-keputusan salah yang dilakukan sebagai seorang pelajar dan pelbagai cabaran yang dilalui sepanjang meneruskan pengajian di kota London.
Berbekalkan keazaman yang tinggi dan kelemahan bukanlah alasan untuk berputus asa, siri ini ditulis sarat dengan pengalaman dan pesan-pesan yang memotivasikan pembaca agar tidak takut untuk bermimpi.
Perjalanan beliau dalam mengejar impian beliau kini membuahkan hasil apabila akhirnya beliau berjaya menjadi arkitek, pelukis dan penulis yang menjadi inspirasi ramai orang







koleksi #Sirijalanan

Pelukis Jalanan

Arkitek Jalanan

Impian Jalanan

Signature Jalanan
kenapa baca #Sirijalanan
SAIFUL NANG – PELUKIS JALANAN
-ZAFIE FIERA – IMPIAN JALANAN
– NURUL SYUHRAH FITRIYAH – ARKITEK JALANAN
NUR HAZWANI – SIGNATURE JALANAN
SIRI EMPAYAR
Siri kedua ini berbeza daripada Siri Jalanan. Cubaan pertama Teme Abdullah menulis karya fiksyen. Mengambil latar era kesultanan dan kepahlawanan.
Novel ini digarap dengan begitu baik, diadun dengan pelbagai info, kisah dan kritikan sosial seperti isu pengaruh dan penunggang agama.
Berlatarbelakangkan sebuah madrasah di wilayah Bentong, 100 orang pemuda telah dipilih untuk menuntut di situ. Mereka ini akan dilatih menjadi pegawai Kesultanan Aradhanapura. Pelbagai konflik dan cabaran yang dilalui mereka membuat pembaca tidak senang duduk dan harus menyelesaikan pembacaan sesegera mungkin.
koleksi #SiriEmpayar

Empayar: Hikayat Putera
Tanpa Nama

Empayar: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja
kenapa baca #SiriEmpayar
NURAIN MADIHAH – EMPAYAR 2
SITI JAMILAH – EMPAYAR 1
SIRI PURNAMA
Di sebalik kehidupan serba mewah dan sempurna yang sering kita lihat, ada banyak kisah perit dan konflik yang berlaku. Seperti orang lain, mereka turut melalui pelbagai ujian dan cabaran dalam kehidupan.
Gosip, dengki, kawan yang khianat, pergolakan keluarga serta keputus asaan dan harapan yang digarap dalam novel ini membuatkan pembaca menyelami hakikat sebenar sebuah kehidupan.

koleksi #SiriPurnama

Selamat Tinggal Purnama:
Strain Pertama

Selamat Tinggal Purnama:
Strain Kedua
kenapa baca #SiriPurnama
“Aku kagum dengan imaginasi penulis. Buku ni akan bawa kau masuk zaman millenia yang teknologi dia super canggih. Dia gambarkan hakikat yang berlaku zaman kita ni dengan gambaran moden. Kalau fikir balik, seram pun ada. Persepsi manusia boleh membunuh, mungkin kita hanya mayat hidup. Thumbs up to Teme and Iman Publication. Stay strong, Latif Purnama.”
AMSHAH – SELAMAT TINGGAL PURNAMA: STRAIN PERTAMA
IFFAH KHAFIZI – SELAMAT TINGGAL PURNAMA: STRAIN KEDUA
SIRI KAPAL TERAKHIR
Bencana yang memusnahkan hampir keseluruhan bumi dan isinya. Tsunami yang terhasil telah menenggelamkan bandar-bandar utama. Debu-debu ledakan tahi bintang memenuhi atmosfera sehingga menutup cahaya dan haba matahari daripada tembus. Suhu bumi turun mendadak. Virus-virus baru muncul dan bermutasi.
Menjadikan bumi bukan lagi sebuah planet yang ideal sebagai habitat. Hanya hidupan yang kuat pertahanannya sahaja yang masih tidak pupus.
Manusia yang bertarung dengan kepupusan masih berlindung di dalam Bokor ciptaan mereka 571 tahun dahulu. Terapung di tengah-tengah lautan dalam.
Terasing daripada ancaman jangkitan dari dunia luar lebih-lebih lagi virus yang akan menukarkan mereka menjadi mugor: spesis manusia yang sudah bermutasi sehingga hilang sifat kemanusiaannya. Menjadi ganas, kebinatangan, dan memburu manusia lain. Mugor hidup bebas di muka bumi.
koleksi #Sirikapalterakhir

Kapal Terakhir Di Dunia:
Episod I

Kapal Terakhir Di Dunia:
Episod II

Kapal Terakhir Di Dunia:
Episod III
kenapa baca #SiriKapalTerakhir
SAIFUL NANG – PELUKIS JALANAN
-ZAFIE FIERA – IMPIAN JALANAN
– NURUL SYUHRAH FITRIYAH – ARKITEK JALANAN
NUR HAZWANI – SIGNATURE JALANAN

MENGENAI
TEME ABDULLAH
Architecture | Artist, Author | temeabdullah.com
Teme Abdullah adalah nama pena beliau. Nama tersebut digunakan sebagai merahsiakan identiti sebenar beliau. Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 2008 lagi. Bermula daripada penulisan blog, Teme berkongsi komik dan doodle yang dilukis beliau sehinggalah hari ini Teme telah menghasilkan 10 buah buku termasuk novel terbarunya, Kapal Terakhir Di Dunia.
Nama Teme dalam dunia perbukuan tidak asing lagi bermula dari karya pertama beliau iaitu Pelukis Jalanan. Beliau telah berkongsi suka duka, jerit payah pengalaman belajar jauh dari tanah air dan keluarga iaitu di London melalui penceritaan yang menarik. Teme ingin membuktikan ‘orang melukis’ juga boleh pergi jauh dan berjaya dalam hidup.
Tidak terhenti di situ, Teme terus menginspirasikan lebih ramai anak muda dengan penghasilan buku-buku seterusnya. Menceritakan pengalaman beliau dalam meneruskan cita-cita menjadi arkitek dan manusia yang bermanfaat kepada ramai orang.





IMAN adalah penerbit bebas Malaysia yang telah menerbitkan lebih dari 80+ judul dalam tempoh 8 tahun dan telah sampai kepada pembaca dari seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, United Kingdom, Jepun dan banyak lagi. Buku fiksyen dan bukan fiksyen kami merangkumi subjek seperti kerohanian, pengembangan diri, hubungan sesama manusia – segala sesuatu dengan nilai-nilai baik dan positif yang perlu disebarkan. Lihat lebih lanjut
All Rights Reserved © IMAN Publication Sdn Bhd 2021