fbpx

Komik Sejarah Palestin 

Pertama di Malaysia

Komik Sejarah Palestin

Pertama di Malaysia

Sebuah komik yang merupakan versi inovasi dan adaptasi daripada pelbagai buku sejarah bertemakan Palestin. Menyentuh dua tema penting iaitu sejarah Palestin dan isu kemanusiaan Palestin. Komik padat dengan info dan fakta tentang sejarah bermulanya konflik Palestin-Israel, tapi dipersembahkan dalam gaya yang ringan, santai & menyeronokkan. Disusun sesuai untuk dibaca oleh semua golongan, bukan kanak-kanak sahaja.

6 KARAKTER UTAMA

Dalam Siri Komik Gaza Mini

KARAKTER UTAMA 

DALAM SIRI KOMIK GAZA MINI

RINGKASAN KOMIK GAZA MINI

Menelurusi perjuangan Palestin melalui komik!

RINGKASAN KOMIK GAZA MINI

Menelurusi perjuangan Palestin melalui komik!

BELI KOMIK GAZA SEKARANG!

SINOPSIS 

Komik Gaza Mini 7

SINOPSIS 

KOMIK GAZA MINI 7

“Hebron akan lindungi abang Gaza sampai syahid. Sebab Hebron sayang abang Gaza… kerana Allah!”
Hebron terus berdiri antara Gaza dan jentera besar yang memecut laju di hadapannya.
“Hebron ke tepi!!!”


***


Sejak penjajahan British ke atas Palestin, berbondong-bondong Yahudi Zionis memasuki tanah Palestin. Kumpulan militan Yahudi Zionis mula muncul; merampas rumah dan tanah rakyat Palestin. Rakyat Palestin mula bangkit dan menentang kezaliman Zionis – demi melindungi Palestin!


Apabila Gaza dapat tahu Ulza bersama Jerusalem dan memilih untuk berjuang, Gaza memilih untuk tidak bersama dan masih berdendam dengan Ulza. Bagi Gaza, dia harus melindungi keluarganya, itu yang utama.


Namun, bolehkah Gaza melindungi keluarganya tanpa melindungi Palestin? Apabila keluarga Gaza diserang berkali-kali oleh Zionis, mampukah Gaza menyelamatkan mereka?

RM15

DAPATKAN

SEKARANG

Baca sample percuma di sini 

KEISTIMEWAAN

Komik Gaza Mini

KEISTIMEWAAN

KOMIK GAZA MINI

BELI KOMIK GAZA SEKARANG!

*Sah sehingga 30 Sept 2021

APA KATA PEMBACA

Komik Gaza Mini

APA KATA PEMBACA

KOMIK GAZA MINI

Saya belum lancar membaca tapi saya suka lukisan dalam Komik Gaza Mini. Kakak saya menangis baca komik Gaza tapi saya tak ingat siri mana yang dia baca sampai menangis. Abang-abang saya suka dan asyik minta belikan lagi. Terima kasih sebab buat komik yang cantik. Mak saya cerewet nak belikan kami komik.


-Bintu Raudhah-

Buatla sambungan komik mini Gaza tu. Kami anak beranak dah khatam 6 buku. Alhamdulillah banyak pengajaran dapat dikutip. Penuh info. TERBAIK

– AH-

Terima kasih kepada Imanpublication dan If_moses kerana menjadikan subjek Sejarah sebagai satu perkara yang menyeronokkan. Dengan pengolahan sejarah dalam bentuk komik bersama jalan cerita yang menarik serta infomasi fakta sejarah berbentuk infografik, it really helps me a lot. Secara tak langsung, I tend to google a few terms dan fakta-fakta menarik sebagai bacaan tambahan.

-Reezashares-

Secara peribadi, bagi Hana Komik Gaza ini sangat menarik kerana kandungan dia bukan semata mata komik tetapi ada juga infografik, profil karakter, kronologi dan garis masa sejarah. Komik Gaza sangat sesuai bagi mereka yang tak berminat sangat nak baca buku sejarah tebal tebal tetapi pada masa yang sama nak cari tahu tentang sejarah Palestin.

-Farhana Munirah-

Anak saya, Auni Hadhirah peminat tegar komik Gaza mini. Dia tak sabar nak baca komik Gaza 7. Dina minat sangat melukis.

– Mizah Rahim-

Pelukis berjaya membuatkan saya merasakan semua emosi yang ada dalam komik ni. Ada part saya sendiri rasa marah dengan perbuatan Herzl dan musuh dalam selimut tu. Ada part yang saya ketawa terhibur dengan gelagat watak adik beradik yang happy go lucky tu. Ada part yang saya rasa sedih sebab memikirkan nasib Palestin yang pelukis bawakkan.

– Hidayah-

TENTANG PELUKIS

TENTANG PELUKIS

KENALI IF MOSES

  • IF Moses lahir di North Manchester pada tahun 1992.
  • Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Bioteknologi) dari Universiti Malaya
  • Namun beliau memilih untuk berkecimpung sepenuh masa sebagai pelukis komik.
  • Beliau tekad menulis dan melukis Komik Gaza ini kerana ingin membuktikan bahawa sejarah itu tidaklah susah, berat dan membosankan.
  • Oleh itu, Komik GAZA ini telah diolah dalam bentuk yang lebih santai, mudah faham dan mudah hadam bukan untuk kanak-kanak sahaja tapi orang dewasa juga.
  • Beliau berharap semoga dengan terbitnya komik ini, para pembaca tidak lagi memperjuangkan isu Palestin atas dasar emosi semata-mata, tetapi sebaliknya berdiri atas dasar fakta dan hujah ilmiah.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan update terkini tentang buku-buku dan promosi di IMAN!

Jangan ketinggalan untuk dapatkan update terkini tentang buku-buku dan promosi di IMAN!

IMAN adalah syarikat penerbitan buku yang telah menerbitkan lebih dari 90+ judul dalam tempoh 8 tahun dan telah sampai kepada pembaca dari seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, United Kingdom, Jepun dan banyak lagi. Buku fiksyen dan bukan fiksyen kami merangkumi subjek seperti kerohanian, pengembangan diri, hubungan sesama manusia – segala sesuatu dengan nilai-nilai baik dan positif yang perlu disebarkan. Baca lebih lanjut
Copyright © 2021 IMAN Publication Sdn. Bhd is a subsidiary of IMAN MEDIA GROUP SDN. BHD. All rights reserved.

IMAN adalah syarikat penerbitan buku yang telah menerbitkan lebih dari 90+ judul dalam tempoh 8 tahun dan telah sampai kepada pembaca dari seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, United Kingdom, Jepun dan banyak lagi. Buku fiksyen dan bukan fiksyen kami merangkumi subjek seperti kerohanian, pengembangan diri, hubungan sesama manusia – segala sesuatu dengan nilai-nilai baik dan positif yang perlu disebarkan. Baca lebih lanjut

Copyright © 2021 IMAN Publication Sdn. Bhd is a subsidiary of IMAN MEDIA GROUP SDN. BHD. All rights reserved.