Berikut adalah antara respon terbaik oleh pembaca Iman dalam kontes slogan “Sedangkan Kiblat Pub berubah…”
Eusoff Amiruddin –Sedangkan kiblat pun berubah, apatah lagi pendirian sang manusia – apabila hidayah menyapa, diubah paradigmanya.”
Inche Faris –Sedangkan kiblat pun berubah, apatah lagi kondisi diri yang sering terpengaruh dengan persekitaran.
Dalam kehidupan, sentiasa ada dua tarikan, iaitu tarikan kebaikan dan kejahatan. Dan kita berdiri antara dua tarikan tersebut, serta pilihan itu ada di tangan, dan setiap pilihan juga ada balasannya di hujung jalan.
Sedangkan kiblat pun berubah, apatah lagi keadaan sekeliling kita yang dahagakan perubahan.
Perubahan yang akhirnya membawa kepada keamanan, kesejahteraan dan daerah yang penuh dengan cinta.
Kerana itu ikutilah tarikan kebaikan, nescaya anda bukan sahaja mampu mengubah diri, bahkan mengubah keadaan masyarakat dan kehidupan.
Sedangkan kiblat pun berubah, apatah lagi diriku yang jika berusaha, tentu boleh berubah!”
Nurul Syuhada Atiqah –Sedangkan Kiblat pun berubah inikan pula kaki yang melangkah. Kalau dulu langkahnya sonsang, kalau dulu nafsunya bercabang, kalau dulu akalnya tak matang. Bila Tuhan katakan Kun, maka yang bengkok menjadi lurus, yang bercabang terarah ke satu jalan.
Syukur sahaja matahari masih terbit dari sebelah Timur. Sekurangnya ada satu hari lagi untuk kita kembali berTuhan.
Moga Tuhan tetapkan hati pada benda baik-baik.”
Shobirah Abdullah –Jangan di sangka mereka yg gelap jalan hidupnya tidak kan mampu punya cahaya iman dari Tuhan.
Dan, jangan di sangka manusia yg bergemerlapan cahayanya seperti malaikat kan terus bercahaya hingga akhirnya. Usah di perlekeh amalan manusia lain, usah di rasa amalan sendiri lebih baik.
Kerna, sedangkan kiblat pun berubah, apatah lagi kehidupan kerdilnya seorang manusia.”
Share This