MEMPERSEMBAHKAN
Karya Sulung Khubaib Akhi. Bertemakan Sirah Nabi Muhammad SAW Yang Membawa Perspektif Manusiawi Dalam Meneladani Baginda

Buku Ini Merungkai
Sudut-Sudut Manusiawi
Nabi Saw,
Iaitu Saat Baginda
Teruji Dengan Realiti
Kehidupan,

LALU BERSEDIH & TERLUKA HATI, SAAT TERSILAP, TIDAK TAHU & AKHIRNYA MENINGGAL DUNIA.
Bukan meremehkan atau merendah-rendahkan. Sebaliknya, ia ingin menumbuhkan rasa berhubung dengan Baginda saat kita melalui realiti hidup kita sendiri yang lemah dan tidak sempurna.
Dari bab demi bab, penulis membongkar bagaimana Baginda melalui dan menguruskan situasi-situasi tersebut sekaligus menambah senarai sunnahnya untuk diteladani dalam kehidupan.

Kenapa Buku Ini
Perlu Anda
Miliki?
|
|
|
Dapatkan Sekarang
KENALI
KHUBAIB
AKHI
Khubaib Akhi atau Khubaib Muhamad Asmadi berasal dari Klang, Selangor.
Graduan Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.
Disebabkan minat yang mendalam terhadap Sejarah Islam, beliau telah menyambung pengajian peringkat Sarjana di Universiti Malaya dalam bidang tersebut.
Beliau adalah Pengasas Seerah Daily, sebuah platform perkongsian Sirah dan Sejarah Islam yang bermula di saluran Telegram pada tahun 2019. Kini, Seerah Daily turut mempunyai halaman Facebook dan Instagramnya sendiri dengan menerbitkan pelbagai perkongsian seperti artikel-artikel pendek, siri-siri audio, kursus dan kelas berkala, kuiz dan banyak lagi.

(Sumber Gambar: facebook.com/seerahdaily)

(Sumber Gambar: facebook.com/bale3ardh)
Di samping itu, beliau juga merupakan penceramah bertauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang aktif berkuliah di pelbagai institusi keagamaan, korporat, sekolah, universiti dan lain-lain.
Beliau telah lama berkecimpung dalam bidang mengarang, bermula dengan dunia blogging pada tahun 2009 sehinggalah menjadi penulis dan penulis bersama kepada 4 buah buku; Al-Aqsa Di Ambang Kehancuran (2015), Iraq Dalam Bahaya (2016), Ramadan Milik Kita (2016) dan Politik Rahmah (2018). Nabi SAW Juga Seorang Manusia adalah buku pertama beliau yang diterbitkan oleh IMAN Publication.

(Sumber Gambar: facebook.com/bale3ardh)
KENALI PENULIS LEBIH LANJUT DI SINI
KENALI PENULIS LEBIH LANJUT DI SINI
PRAKATA
KHUBAIB AKHI

Gagasan besarnya adalah untuk mengikat sebanyak mungkin realiti semasa dengan realiti pada era Sirah. Untuk menuju ke situ, kami amat risau akan bahana Bucailism yang menempel-nempel Sirah. Lebih parah jika berkepentingan peribadi; demi keuntungan poket, kedudukan dan pengikut.
PROSESNYA PANJANG DAN KOMPLEKS. TAPI IA HARUS BERMULA DARI SATU PERKARA.
Kami pilih untuk bermula dengan ‘memanusiawikan’ paparan Sirah Nabawiah. Supaya kita dapat berpindah dari daerah bertabaruk dengan Sirah, kepada bertadabbur dan meneladaninya secara realistik.
Tetapi manusiawinya Nabi SAW tentulah ada pengecualiannya, Nabi tetap Nabi dengan jaminan maksum yang ditetapkan Allah SWT.
Menyeramkan dan mencabar, tetapi tetap perlu dimulakan.
MAKA, BISMILLAH.
ISI KANDUNGAN


#11 BAB | #320 JUMLAH MUKA SURAT
DAPATKAN KOLEKSI BUKU
BERKISAR TELADAN DARI AL-QURAN DAN SIRAH

MENDAKAP KESEDIHAN DENGAN AL-QURAN
Penulis : | Imran Zaki |
Tema : | Motivasi Islami |
Jenis Kulit : | Paperback |
Harga: | RM30.00 |
Bil. Muka Surat: | 222 m/s |
BUKU SEPERTI INI

NABI SAW JUGA SEORANG MANUSIA
Penulis : | Khubaib Akhi |
Tema : | Kupasan Sirah |
Jenis Kulit : | Paperback |
Harga: | RM35.00 |
Bil. Muka Surat: | 320 m/s |
BUKU SEPERTI INI

KOMBO TELADAN
Pemahaman Al-Quran & Sirah yang baru
Harga: | RM 65.00 |
Diskaun 9% : | RM59.00 |
SAH SEHINGGA
30 NOVEMBER 2021

INGIN BACA DULU SEBELUM BELI?
DAPATKAN AKSES BAB PERCUMA
Jangan ketinggalan untuk dapatkan update terkini tentang buku-buku dan promosi di IMAN!
Jangan ketinggalan untuk dapatkan update terkini tentang buku-buku dan promosi di IMAN!


IMAN adalah syarikat penerbitan buku yang telah menerbitkan lebih dari 90+ judul dalam tempoh 8 tahun dan telah sampai kepada pembaca dari seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, United Kingdom, Jepun dan banyak lagi. Buku fiksyen dan bukan fiksyen kami merangkumi subjek seperti kerohanian, pengembangan diri, hubungan sesama manusia – segala sesuatu dengan nilai-nilai baik dan positif yang perlu disebarkan. Baca lebih lanjut