fbpx

“Saya minat bidang lain tapi belajar bidang lain.” 

“Kalau kejar passion sekarang, kena mula semula dari bawah. Susah nak berjaya.”

Pernahkah anda terfikir, kenapa tak semua orang kejar ‘passion’ mereka?

Bagi menjawab soalan tersebut, setiap daripada kita perlu berpatah balik ke belakang untuk melihat perjalanan hidup dari awal. 

Bayangkan situasi seorang pemuda bernama Faris.

Semasa sekolah menengah, Faris pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan terkenal. Para guru melihat masa depan yang cerah untuk Faris. Bezanya, Faris tidak pernah jelas dengan minat sendiri. Bahkan dia tidak pernah terfikir apa minatnya. 

Hanya apabila Faris belajar dalam tahun ke-3 di universiti dalam bidang kejuruteraan beberapa tahun kemudian, barulah dia mula sedar akan minatnya yang mendalam pada sastera dan penulisan. Namun, Faris pendam sahaja minatnya kerana dia fikir, sudah terlambat baginya untuk mengejar apa yang dia minati. 

Semasa masuk ke dalam bidang pekerjaan pula, Faris masih terfikir-fikir tentang minatnya pada penulisan. Dia memang berkebolehan dan berkemahiran sebagai seorang jurutera, tapi dia hanya rasa dirinya bersemangat, bahagia dan lengkap ketika menulis. Faris mula berasa menyesal kerana tidak mengejar minatnya lebih awal semasa di universiti dahulu. 

people sitting on chair with brown wooden table

Dalam situasi tersebut, Faris terperangkap antara dua pilihan. Mengejar minat diibaratkan mengambil risiko yang besar. Dia perlu melepaskan kerjaya sebagai jurutera yang selamat dan sempurna. Dia akan bermula semula dari bawah, bermaksud dia akan ketinggalan berbanding rakan-rakan sebayanya yang lain. Dia juga tiada jaminan yang dia akan berjaya setelah masuk ke bidang penulisan.

Melihat kepada semua risiko itu, akhirnya Faris pendam sahaja minatnya kerana dia yakin semuanya sudah terlalu terlambat dan mustahil.

Maka, jika ditanya semula soalan kenapa tak semua orang kejar ‘passion’, jawapan yang paling biasa kita dengari adalah kerana mereka rasa mereka sudah terlambat

Adakah benar yang kita semua sudah terlambat?

Salah Faham Tentang Mengejar Minat

 Seperti Faris, kita selalu membayangkan yang kita harus mengikut kata hati dan melepaskan semua yang kita miliki sekarang demi mengejar minat. Ramai antara kita yang mengambil inspirasi tokoh Steve Jobs yang ‘drop out’ dari universiti kerana mengejar minat. 

 

silver iPhone 11

 

Hakikatnya, kita sendiri sedar bahawa kejayaan seperti itu sebenarnya jarang-jarang dicapai melainkan kepada segolongan manusia yang bernasib baik (dan genius). Jika kita terburu-buru mengikut langkah sama, barangkali orang akan mengecop kita sebagai pemalas. Kenapa begitu?

Sebab pertama, kita tidak merancang masa depan dengan rasional.

Meninggalkan apa yang pasti demi sesuatu yang kita belum cukup jelas secara terburu-buru adalah langkah yang tidak matang. Kita semua pernah dengar pepatah ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. Inilah contohnya.

Sebab kedua, duit itu penting.

Dalam istilah bahasa Inggeris, ‘money talks’. Meninggalkan kerjaya yang menjamin kewangan ke arah minat yang tiada jaminan kewangan – ia juga langkah melulu yang kurang bijak, bukan? 

Ada banyak teori yang sering disebut berkaitan minat (passion). Karier idaman kita meliputi 3 perkara – kemahiran, minat dan peluang.

Bakat dan peluang tanpa minat ibarat Faris dan kerjayanya sebagai jurutera. Dia ada peluang dan kemahiran, tetapi minatnya berada di tempat lain.

Bakat dan minat tanpa peluang ibarat Faris dan minatnya dalam bidang penulisan. Dia ada minat dan kemahiran, tetapi tidak dibukakan peluang untuk menonjol.

Peluanglah yang membezakan sama ada orang yang berkemahiran akan berjaya atau tidak.

Minat Tak Semestinya Perlu Jadi Karier 

 

Jika kita belum ada peluang, itu tidak bermaksud kita perlu terus memadamkan minat kita sebagaimana yang ingin dilakukan Faris. 

Kita masih boleh mengejar minat kita tanpa meninggalkan kerjaya sedia ada. Kita masih boleh melakukan perkara yang kita minati, dan dalam masa yang sama, mampu membayar bil. Cuma kita hendaklah bijak mencari cara untuk menyeimbangkan antara minat dan kerjaya tersebut.

Jangan kejar ‘passion’, tapi bina ‘passion’!

 

Lacking passion in your job? Here's the answer - Luke Ball - Medium

 

Cara untuk membina minat di samping kerjaya sedia ada adalah dengan:

  • Mula sekarang. 

 Mungkin kita belum ada peluang sekarang, tapi itu tak bermaksud kita perlu tunggu sampai ada peluang baru nak mulakan. Mula sekarang semasa kita masih muda dan bersemangat. 10 tahun nanti kita berterima kasih pada diri sendiri sebab kejar passion.

 

  • Buat sedikit demi sedikit secara konsisten. 

 Tak ada ruginya jika bermula dari bawah secara organik. Kita sentiasa boleh mula sedikit dan perlahan tanpa mengubah apa-apa secara drastik. Orang lain boleh ‘mencium bau’ orang yang ‘passionate’ dari jauh. Mereka sukakan konsistensi. Dari situ, peluang yang kita cakapkan tadi mungkin akan muncul! 

 

  • Berikannya Masa.

Selalulah berbalik kepada tujuan mengapa kita membina minat kita – bukan kerana duit atau populariti sebagai keutamaan, tetapi kita mulakannya kerana kita cinta akannya. Maka berikannya masa untuk berbuat terus walaupun tak dapat duit atau perhatian selayaknya.

 

Field Linguistics Workshop 2019 schedule | Linguistic Dynamics ...

  • Susun prioriti.

Sudah tentu, mengejar minat tidak bermaksud kita boleh mengabaikan tugas dan tanggungjawab kita kepada pekerjaan kita. Kita perlu belajar menyeimbangkannya secara adil. Seperti Faris – pada waktu siang dia bekerja dengan penuh dedikasi sebagai seorang jurutera, dan pada waktu lain – semasa di dalam tren atau sebelum tidur, dia meluangkan masa untuk menulis. 

Faris tidak lupa bahawa atas jasa perjalanannya bidang kejuruteraan itulah, dia menemukan minatnya terhadap bidang penulisan. 

Manalah tahu, apabila kita sudah mula nampak kestabilan dan peluang pada minat kita, pada masa itu kita boleh pertimbangkan untuk jadikannya kerjaya sepenuh masa. Itu pun hanya jika kita mulakannya sekarang!

“Keep looking. Don’t settle.” – Steve Jobs

Apabila kita sudah berjumpa yang perkara yang betul-betul kita minati, tiada apa-apa yang akan menjadi halangan melainkan diri sendiri. Bina perlahan-lahan, dan semuanya akan menjadi semakin baik dan baik. Jangan putus asa mengejar apa yang kita minati!

Apakah perkara pertama yang akan anda lakukan untuk mula membina semula minat anda? Bagaimana hasilnya? Adakah ia menjadi semakin baik? Kongsikan dengan kami dan semua pembaca yang masih mencari inspirasi! 

Follow telegram Kak Iman untuk dapatkan semua berita terkini. >> t.me/KakIman

Penulisan oleh,

Tim Su Tan.