https://www.ted.com/talks/elizabeth_gilbert_on_genius?language=en

Elizabeth Gilbert bukan calang-calang orang dalam dunia penulisan. Dia merupakan penulis buku ‘Eat Pray Love’ yang menghuni senarai New York Times Best Seller selama 187 minggu. Namun, kejayaan sebegini bukan sahaja mengukir senyuman seorang penulis, tetapi turut menjadi mimpi ngeri mereka.

Menghairankan, bukan? Bagaimana sebuah kejayaan yakni berita gembira boleh berubah menjadi punca kemurungan seorang penulis?

Elizabeth Gilbert berkongsi pengalamannya dalam satu sesi TED Talk bertajuk “Your Elusive Creative Genius” pada tahun 2009.

Selepas kejayaan luar biasa Elizabeth Gilbert dengan buku ‘Eat Pray Love’, beliau terpaksa berdepan dengan reaksi orang sekeliling yang melahirkan rasa ‘simpati’ terhadap dirinya. Mereka akan bertanya padanya dengan wajah penuh kerisauan, “Mampukah anda mengatasi kejayaan luar biasa (buku Eat Pray Love) yang terdahulu? Tak takutkah kemungkinan anda menulis seumur hidup, tetapi tidak lagi mampu menghasilkan buku sehebat itu?”

Sebenarnya itu bukan kali pertama Elizabeth Gilbert berdepan soalan-soalan yang menyesakkan dada. 20 tahun sebelum kejayaan buku ‘Eat Pray Love’, Elizabeth Gilbert baru sahaja mula menulis, tetapi orang sekeliling sudah mula meletakkannya dalam posisi yang menyedihkan. Mereka bertanya, “Tak takutkah anda mungkin tidak akan sesekali berjaya? Tak takutkah anda akan gagal? Tak takutkah anda mungkin menulis dengan bersungguh-sungguh seumur hidup, tetapi akhirnya mati tanpa menghasilkan karya yang signifikan di dunia ini?”

Tekanan sebegini

Tekanan ini menyebabkan ramai penulis gagal bukan sahaja dalam penulisan, tetapi juga kehidupan. Seolah-olah semua orang mahu melihat dirinya gagal kerana tidak berjaya mengatasi kejayaan yang lampau. Disebabkan itu, ramai penulis rasa takut apabila mereka tidak menemui idea baru yang lebih hebat. Mereka terasa hidup mereka sudah pun menemui lembah yang dalam.

Elizabeth Gilbert mencadangkan agar kita berhenti mengatakan idea dan kejayaan itu adalah hasil usaha penulis. Sebaliknya, semua itu hanyalah pinjaman Tuhan, dan penulis sebagai pelaksana selagimana diizikanNya.

Dengan pemikiran sebegini, sekiranya kerja kita bagus, kita tidak mengambil kredit terlalu besar baginya. Sekiranya kerja kita tidak bagus pula, kita tidak mengambil beban kegagalan seorang diri.

Masalah hanya timbul apabila kita meletakkan diri kita sebagai pusat dunia ini. Kita cuba meletakkan diri kita lebih tinggi daripada Tuhan. Kita menganggap segala aturan dunia, pilihan manusia, dan aliran idea itu berada dalam tangan kita. Walhal kita hanyalah pencari dan penyalur idea ke atas lembaran kertas.

Jika kita boleh menerima hakikat ini baha­wa idea adalah kurniaan Tuhan, dan kita tidak mempunyai kuasa untuk menghasilkannya, kehidupan kita akan lebih tenteram berdepan kejayaan dan kegagalan.

Jangan takut untuk berkarya. Buat sahaja yang terbaik. Usaha. Jika kejayaan luar biasa muncul, maka ‘Ole’. Jikalau tidak, maka ‘Ole’ juga. Paling penting sekali, kekal degil untuk berkarya.

“Olé!” to you, nonetheless, just for having the sheer human love and stubbornness to keep showing up.