auni zainal

Nama penuh: Auni Nur Fatin Mohamad Zainal
Tarikh lahir: 26 September 1988
Tempat lahir: Seremban, Negeri Sembilan
Pendidikan: Graduan Monash University Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) pada tahun 2011.

berputus asa

membaca buku selama beberapa tahun kerana trauma dengan kandungan-kandungan seksual dalam novel-novel yang beliau baca semasa beliau remaja.

Peminat karya penulis Khaled Hosseini

Beliau percaya bahawa buku yang baik hendaklah meraikan kemanusiaan watak, iaitu yang baik tidaklah digambarkan terlalu sempurna, manakala yang jahat tidaklah zalim sentiasa. Sentiasa ada ruang untuk pembaca melihat watak-watak ini sebagai manusia biasa.

TEntang auni zainal

HOBI

Auni Zainal menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku, membaca artikel di internet, menonton filem, bermain sudoku dan freecell, melukis dan menulis puisi. Namun, hampir kesemua masa beliau sebenarnya dihabiskan dengan berfikir dan mempersoal (dalam hati) tentang kehidupan, manusia dan masyarakat. Atau sekadar berfikir tentang menu makanan.

Latar belakang penulisan

Auni Zainal merupakan seorang penulis novel misteri dan fantasi. Novel pertama beliau, Sekali Lagi diterbitkan pada bulan April 2018 dan dijual buat pertama kali di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018.

Sebelum novel Sekali Lagi, Auni Zainal pernah menulis artikel-artikel untuk diterbitkan dalam siri Majalah Jom! terbitan Deen Prints dan Buku Pelangi Dakwah terbitan Iman Publication, menggunakan nama pena Ummu Hamra.

Auni Zainal mula berjinak-jinak menulis cerpen semasa berumur 14 tahun bersama kawan-kawan di sekolah. Antara kisah yang pernah ditulis oleh beliau ialah kisah dua orang pahlawan wanita yang bernama Istika dan Kismat yang menentang serangan penceroboh kampung mereka. Helaian-helaian penulisan ini dikongsi bersama kawan-kawan untuk dibaca. Beliau juga pernah berusaha menulis sebuah novel, 12 tahun sebelum novel pertama beliau diterbitkan.