IF Moses

Nama Penuh: Izzah Farhanah Musa
Tarikh Lahir: 19/2/1992
Tempat Lahir: Manchester, United Kingdom
Pendidikan: Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains, Universiti Malaya.

Alhamdulillah bergraduasi pada tahun 2016 dengan Lulus Cemerlang (First Class).

Seorang ambiverted-Introvert.

I can convey my feelings and messages better through drawings rather than speaking.

cita-cita: pelukis komik dakwah

tetapi tidak disokong oleh ibu bapa. Akhirnya atas saranan bapa, saya mengambil jurusan sains di universiti.

karya telah ditolak

Alhamdulillah hari ini, dua daripada lima penerbit yang pernah menolak karya saya dahulu bersetuju menerbitkan karya saya, iaitu Iman Publication & Galeri Ilmu.

TENTANG IF MOSES

Keluarga

IF Moses adalah anak kedua daripada empat beradik. Kesemuanya mereka boleh melukis tetapi dengan kepakaran yang berbeza. Syafiq Moses (abang) mahir dalam ilustrasi binatang. IF Moses mahir dalam lukisan komik. Firdaus Moses (adik) dan ayahnya mahir dalam lukisan potret. Manakala Ain Moses (Adik) dan ibunya pula mahir dalam lukisan cat air (painting). Beliau tidak pernah menyertai mana-mana kelas melukis secara rasmi sejak kecil. Beliau percaya bakat yang beliau ada sekarang diwarisi daripada ibu bapanya.

Kerjaya

IF Moses mula aktif melukis komik dakwah untuk majalah sekolah bulanan dan tahunan. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada 2010, IF Moses ada menerbitkan sendiri sebuah zine bertajuk Piawai Hijab Kaum Hawa. Bermula dengan menjadi pelukis komik dakwah yang aktif di media sosial, IF Moses mula menerbitkan zine komik bersiri seperti Biskut Tarbiah, dan HIKARI. Menyertai team TRILOG pada tahun 2012, mereka mula menerbitkan zine komik dakwah secara berkala.

Hobi Lain

Hobi lain? Nope. Melukis. Dulu, kini dan selamanya. Melukis adalah terapi minda dan hati beliau. Selain melukis IF Moses adalah peminat tegar Wonda Coffee dan Baymax dalam filem Disney, Big Hero 6. Selain aktif dalam dunia komik, beliau juga turut aktif sebagai ahli tim penulisan Rose2Rose dan Kempen Boikot HP yang dianjurkan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

"Belajar bukan untuk kerjaya tetapi belajar untuk ilmu dan kenali-Nya. Kerana istilah BERJAYA itu luas, bukan sekadar dapat kerjaya dengan gaji yang tinggi."