muharikah

Nama penuh: Nur Aisyah Zainordin
Tarikh lahir: 7 Julai 1983
Tempat lahir: London, United Kingdom
Pendidikan: MBCHB (Dundee, Scotland) dan Masters Internal Medicine ( UiTM)

multitask

Sebab di sekolah menengah dahulu, pelajar tingkatan lima ada 30 orang sahaja. Tak cukup orang untuk diberi tugasan. Jadi, beliau perlu pegang banyak jawatan - lima jawatan! Waku itulah beliau mula dibiasakan untuk ada multitask skills. Bila dilatih, lama-lama jadi kebiasaannya.

meneroka perkara baru

Destinasi paling mengesankan kehidupannya adalah ketika mengembara ke Jordan dan Mesir. Waktu di sana beliau belajar bahasa Arab dan menimba pengalaman sebulan berpuasa Ramadhan.

TEntang muharikah

Kerjaya

Pakar Perubatan Perubatan Dalaman dan pensyarah klinikal di Universiti Teknologi MARA Sungai Buloh. Pengasas Iman Shoppe Bookstore dan Iman Publication.

Latar belakang penulisan

Muharikah mula menulis sejak umurnya 15 tahun, bermula dengan penulisan sajak dan cerpen. Sajak tulisan Muharikah pernah diterbitkan oleh majalah Dewan Siswa. Penulisan cerpennya pernah diterbitkan di bawah Grup Karyawan Luar Negara seawal tahun 2003 bersama penulis-penulis luar negara yang lain.

Beliau pernah menjadi editor beberapa persatuan semasa pengajiannya di luar negara iaitu editor majalah perubatan Islamic Medical Association Malaysia (2007) dan editor majalah bulanan untuk Majlis Syura Muslimun (sesi 2008-2009). Bermula tahun 2007, Muharikah mula aktif menulis di dalam blognya iaitu www.muharikah.wordpress.com.

Setelah 2 tahun bekerja sebagai houseman di Inverclyde dan Royal Alexandra Hospital Glasgow, beliau pulang ke Malaysia pada tahun 2011 dan menjadi pengarah penerbitan Majalah Jom bermula bulan Disember 2011 hingga Disember 2015.


Beliau juga mengasaskan syarikat Iman Shoppe dan Iman Publication pada tahun 2013. Setahun selepas itu, beliau menyerahkan operasi sepenuhnya kepada tim pengurusan yang wujud hari ini. Buku pertama beliau yang diterbitkan pada Mac 2013 oleh Iman Publication bertajuk Sayonara Jahiliyah. 

Tajuk buku beliau yang lain ialah Lagenda Budak Usrah (2014), Kanvas (2015), Komik Muharikah Series (Muharikah The Comics (2015), Komik Dr Muharikah HO (2016), Komik Muharikah: Survival (2018)), Hidup Yang Aku Pilih (2017), dan novel Stigma (2018). Selain menulis, Muharikah gemar mengembara, dan belajar benda baharu. Beliau juga terlibat secara aktif dalam beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Ikram Malaysia dan Asean Young Leaders Forum (AYLF) (Presiden).